Watak watak Saintis Malaysia
Watak utama dalam cerita ini iaitu Profesor Aiman Hafiz berumur 20 tahun yang mempunyai misi rahsianya yang tersendiri, ibu bapanya sudah meninggal dunia selepas beberapa hari selepas Peperiksaan PT3, ia memberi kesan yang mendalam buat dirinya. Kawannya iaitu Profeson Iezat berumur 20 tahun juga telah menemaninya dari Tingkatan 3 lagi, mereka berdua telah tercatat sebagai profesor termuda dunia dengan IQ tertinggi. Mereka telah mengubah Malaysia menjadi negara yang maju dari segi teknologi. Antara teknologi yang dicipta oleh mereka adalah Kapal Angkasa Arami Islam, Pesawat Angkasa, Bandar Angkasaraya Perdana, Bandar Angkasaraya 2 dan pelbagai lagi. Profesor Iezat ada hati kepada Hafizah iaitu adik susuan Profesor Aiman Hafiz

Nur Siti merupakan pembantu makmal dan doktor peribadi Profesor Aiman Hafiz. Nur Siti merupakan salah satu ciptaan Profesor Aiman Hafiz yang dibantu Profesor Steve
Ikhwan merupakan kawan kepada Aiman Hafiz dan Iezat. Pada masa hadapan Ikhwan merupakan juru gambar profesional.
Hafizah Jamilah atau mesra dipanggil Hafizah merupakan adik beradik susuan Profesor Aiman Hafiz. Hafizah tidak suka dipanggil kakak oleh Profesor Aiman Hafiz kerana mereka lahir pada hari yang sama dan menganggap Profesor Aiman Hafiz lebih tua kerana Hafizah lahir pukul 2;15 pagi manakala Profeson Aiman Hafiz lahir pukul 2;00 pagi beza 15 minit.
Afiq 'Awadullah atau nama pendeknya Afiq, Afiq juga adik susuan kepada Profesor Aiman Hafiz dan adik kandung kepada Hafizah Jamilah.




Ulasan