Saintis Malaysia 5
Sambungan
"Siti tu siapa" tanya Ikhwan
"Dia tu pembantu Profesor Aiman Hafiz, dia robot sebenarnya. Dia dicipta oleh Profesor Aiman dan Profesor Steve. Steve pakar dalam bidang perisian komputer"
Ikhwan dan Aiman Hafiz terkejut. Celerysteve? Mereka berdua langsung tak percaya. "Nanti dulu, kalau Siti tu robot macam mana dia seolah olah mempunyai emosi?" tanya Ikhwan
Mereka berhenti di hadapan pintu lif, kali ini Profesor Aiman pula yang menjawab " Sewaktu Profesor Steve dan aku sedang menyiapkan Siti, aku tak perasan langsung air dah membanjiri ruang makmal kat rumah. Waktu tu hujan lebat, air masuk dalam makmal dan merosakkan semua perisian. Selepas beberapa minggu, kami baiki balik Siti." pintu lif di hadapan mereka terbuka, beberapa orang keluar dari lif itu dan memberi salam kepada Profesor Iezat dan Profesor Aiman Hafiz.
Mereka berlima melangkah masuk dalam lif "Setelah siap, tahu tahu jer dia dah ada emosi. Mungkin disebabkan perisian yang rosak tu".
Lif itu berhenti di tingkat 5, mereka terus berjalan sehingga di hadapan pintu yang tertutup rapat. Profesor Aiman Hafiz mengambil kad pengenalan diri dari poket dan letak di hadapan alat pengimbas di sebelah kanan pintu.
"Selamat datang ke bilik portal Profesor Aiman Hafiz" bunyi daripada alat pengimbas. Mereka melangkah masuk, tiada siapa pun dalam bilik itu.
"Komputer, tolong aktifkan portal ke bandar Angkasaraya 2" bilik ini dikawal ketat dan portal di dalam bilik ini hanya boleh diaktifkan oleh suara Profesor Aiman Hafiz sahaja.
"Sebenarnya mesin masa tu bukan satu satunya alat ciptaan kami, portal ini juga alat ciptaan aku dan
Profesor Iezat" mereka bertiga teruja melihat portal di hadapan mereka, Profesor Iezat dan Profesor Aiman berdiri di hadapan komputer di sebelah kanan bilik tersebut untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Profesor Iezat mengambil sesuatu di dalam laci dan memberinya kepada mereka bertiga. "Pakai IEM ni di telinga atau nama penuhnya In-Ear Monitoring, benda ni akan memberikan maklumat tentang bandar Angkasaraya 2"
"Portal ke bandar Angkasaraya 2 sudah bersedia" suara komputer.
"Ok bersedia untuk melihat sesuatu yang belum kamu semua lihat lagi"
Mereka semua melangkah masuk ke portal, sekarang mereka semua sudah sampai ke bandar Angkasaraya 2. Keadaan bilik portal ini kelihatan sama cuma susunannya sahaja yang berbeza.
"Pemindahan selesai"
"Komputer, nyahaktifkan portal" suara Profesor Aiman Hafiz memberi arahan kepada komputer
"Portal dinyahaktifkan"
"Jom kita melihat bandar Angkasaraya 2" kata Profesor Iezat. Mereka semua keluar dari bilik portal
***
Mereka sekarang berada di ruang legar, mereka bertiga terpegun melihat suasana yang tenang walaupun dipenuhi orang ramai. Pokok bunga banyak di tanam di ruang legar ini walaupun masih berada dalam bangunan.
"Kamu semua duduk di sini dulu, nanti aku datang balik" Profesor Aiman Hafiz meninggalkan mereka bertiga di bawah jagaan Profesor Iezat. Mereka duduk di kerusi yang sudah di sediakan.
"Profesor Iezat, saya ada soalan" Iezat cuba memulakan perbualan.
"Silakan" Profesor Iezat hanya menunggu salah seorang memulakan perbualan.
" Profesor Iezat dah berpunya ke?" pertanyaan Iezat mengejutkan Ikhwan dan Aiman Hafiz. Soalan yang cukup cemas untuk di jawab oleh Profesor Iezat.
"Aku solo lagilah!" sekarang ruang legar menjadi legang, hanya tinggal beberapa orang sahaja di ruang legar itu termasuklah mereka berempat.
"Macam mana dengan Profesor Aiman Hafiz? Dia sudah berpunya ke belum?" Profesor Iezat, Ikhwan dan Aiman Hafiz memandang Iezat ketakutan. Sebenarnya mereka bukan memandang Iezat tetapi memandang Profesor Aiman Hafiz yang sedang berdiri di belakang Iezat.
"Kenapa dalam banyak banyak soalan, soalan tu juga yang kau kau tanya? Kenapa, terangkan pada aku sekarang!" Profesor Aiman Hafiz mencubit kedua dua pipi Iezat.
"Maafkan aku, tolong lepaskan!" Profesor Aiman Hafiz melepaskan dan duduk di sisi Iezat.
Bersambung...

Ulasan