Saintis Malaysia 3
Sambungan
18 Februari 2021
Mesin masa yang dibawa Profesor Aiman Hafiz muncul kembali setelah sehari menghilang tetapi kali ini mesin masa membawa 3 remaja dan salah seorangnya cedera. Profesor Aiman Hafiz mendukung remaja tersebut ke katil yang digunakan untuk tidur tapi sekarang katil tersebut terpaksa menyerap darah yang keluar dari luka remaja itu.
Sebaik sahaja Profesor Iezat melihat remaja itu, dia terus berlari untuk mendapatkan alat rawatan yang sedia ada di dalam makmal. " Iezat, kau pergi panggilkan Siti dan cakap dengan dia 'kod49' "
Profesor Iezat berlari ke ruang makan di tingkat atas, sampai sahaja dia di ruang makan tersebut kelihatan Siti sedang membungkus makanan. Terkejut Siti dibuatnya apabila tanganya ditarik oleh Profesor Iezat. "Kod49, kod49" itu sahaja yang keluar dari mulut Profesor Iezat. Siti dan Profesor Aiman Hafiz selalu menggunakan kod untuk melakukan sesuatu yang hanya mereka sahaja yang tahu.
Siti imbas kembali kod-kod yang ada pada memorinya, "Kod49? Tak mungkin!" Siti berlari dengan lajunya meninggalkan Profesor Iezat di belakang. Sesampai sahaja Siti di makmal, Siti menuju ke meja kerja Profesor Aiman Hafiz dan membuka laci meja. Dia mengambil satu bungkusan yang sudah berhabuk dan terus menuju ke arah Profesor Aiman Hafiz yang sedang memberi suntikan kepada remaja itu.
***
15 minit kemudian..
"Alhandulillah selesai juga. Siti, macam mana dengan robot nano, sudah aktif?"
"Sudah Profesor, robot nano sudah memulakan kerjanya" inilah sebab utama Profesor Aiman Hafiz ke masa silam untuk memasukkan sebuah robot nano ke dalam saluran darah Aiman Hafiz. Profesor Aiman meninggalkan dirinya itu berehat dan dia kembali ke mesin masanya. Dia dapati Ikhwan dan Iezat tiada pada tempat kali terakhir dia melihatnya.
Dia melihat suatu sudut makmal, rupanya mereka berdua sudah terjaga tetapi dalam keadaan lemah. Mereka dipantau oleh Profesor Iezat kerana tenaga mereka berdua hilang semasa merentas masa, Profesor Aiman Hafiz memakai kerangka yang direka khas untuk mengelakkannya kehilangan tenaga setelah melakukan 2 kali perjalanan masa.
"Profesor Iezat macam mana dengan keadaan mereka berdua?" tanya Profesor Aiman Hafiz sambil mengurut belakang Profesor Iezat. Dia tahu sahabatnya ini sudah bekerja lebih masa, mereka berdua sepatutnya bekerja 15 jam sehari tapi hanya Profesor Aiman Hafiz sahaja yang kerja tak balik balik. Ini kali pertama Profesor Aiman Hafiz melihat Profesor Iezat kerja lebih masa.
"Mereka samakin pulih selepas mendapat suntikan yang kau sediakan"
"Kau pergilah tidur, dah pukul 2:15 pagi ni" Profesor Aiman Hafiz cuba memujuk sahabatnya pergi berehat tetapi Profesor Iezat tidak mahu berehat katanya mahu menjaga mereka berdua sehingga sembuh sepenuhnya.
"Aku pergi ambilkan kopi untuk kau, mungkin lagi 10 minit mereka berdua akan sembuh"
"Terima kasih"
***
"Aiman jangan banyak bergerak, kamu masih lemah" kata Profesor Iezat setelah melihat Aiman Hafiz menggagahkan diri untuk bangun.
"Aku di mana? Apa yang berlaku?"
"Panjang cerita, makan ubat ni dulu." Profesor Iezat menghulurkan ubat yang dibuat khas oleh Profesor Aiman Hafiz untuk mempercepatkan penyembuhan lukanya.
"Kamu tidurlah sekarang baru pukul 2:46 pagi"
Bersambung...
Ulasan