Saintis Malaysia 13

Sambungan

Kisah Afiq dan Iezat.

“Abang Afiq mahu ke mana?” paparan hologram di paparkan di tingkap hadapan.

“Abang mahu pergi ke Kota Botani, jomlah ikut abang. Di sana terdapat pelbagai benda baharu yang belum pernah kamu lihat” kata Afiq

“Ok, saya ikut belakang” paparan hologram di tingkap hadapan hilang..

Iezat dan Afiq terus menuju ke arah barat, di sana terdapat sebuah kota yang dibina untuk penyelidikan tumbuhan. Di situ ditanam pelbagai speseis tumbuhan termasuklah buah buahan dan bunga. Mereka berdua memandu pesawat mereka dengan laju, mereka melintasi hutan hutan dan lautan yang luas. Kehidupan flora dan fauna di sini tidak di usik langsung.

Selepas  10 minit memandu, mereka mendaratkan pesawat pada tempat yang di khaskan yang terletak di luar kota. Sebaik sahaja pesawat mereka selamat mendarat, Iezat menggigil kesejukan sebaik sahaja pintu pesawat di buka, suhu di tempat ini sejuk mungkin disebabkah tumbuhan yang tumbuh di kota ini. Mereka berdua mula berjalan menuju ke hadapan kota. Pada hadapan kota, mereka berdiri di hadapan sebuah gerbang seolah olah kedatang mereka di sambut menyambut kedatangan mereka berdua.

Mereka bersia-siar di Kota Botani, Iezat dan Afiq membeli beberapa cenderamata untuk Ikhwan, Aiman Hafiz, Hafizah dan diri sendiri. Cenderamata seperti rantai kunci hologram, buku dan sebagainya. Mereka menaiki basikal beroda dengan 2 tempat duduk untuk mengelilingi Kota Botani, basikal seperti ini sudah pupus di Bumi tetapi dihidupkan di kota ini kerana bersenam menyihatkan  tubuh dan memanaskan badan di suhu yang sejuk ini.

Kota Botani begitu besar dan indah, banyak tumbuh-tumbuhan hijau di tanam di seluruh kota. Selepas penat bersiar-siar dengan basikal, mereka singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Sepanjang mereka di kota ini, tingkahlaku orang awam yang rajin memberi salam antara satu sama lain menarik perhatian Iezat. Seolah olah mereka kenal antara mereka, Iezat dan Afiq juga tidak terlepas. Walaupun sudah berada pada tahun 2021, makanan tetap sama. Malah makanan pada tahun 2021 adalah halalan toyyiban maksudnya makanan yang halal dan menyihatkan.

Selepas makan mereka menuju ke taman untuk berbual sementara menunggu masuknya waktu Zohor, taman yang mereka singgah bernama Taman Hudu', Hudu’ bermaksud tenang. Sesuai dengan namanya, taman ini cukup menenagkan mata yang memandang.

“Apa pendapat kamu tentang Kota Botani ni?” kata Afiq, dia mahu tahu pendapat Iezat tentang kota ini. Setahunya belum ada kota secantik ini kecuali kota Constantinople di Istanbul, Turki.

“Kota yang menakjubkan, kota yang bersih dan penduduk yang ringan untuk memberi salam. Tidak seperti 2016. Orang 2016 hanya akan memberi salam pada orang yang mereka kenal sahaja, kalau ada pun itu 1 dalam seribu” kata Iezat, Afiq senyum sendiri sambil melihat pemandangan. Dia sudah jangkakan yang Iezat akan kata begitu.

“Mereka tidak berubah sendiri bukan? Orang orang pada tahun 2016 adabnya sungguh teruk, suka mengfitnah, mencuri di sana sini, makan harta anak yatim dan sebagainya. Kalau jumpa mereka yang baik, itu dikira bernasib baik.  Ini mesti kerja kerajaan, bukan?”  Iezat tidak percaya akan tingkah laku dan adab orang orang pada tahun 2021, jauh sekali dengan adab orang orang 2016.


Bersambung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20