Saintis Malaysia 7
Sambungan
"Profesor Aiman Hafiz dan Profesor Iezat telah mencipta kapal angkasa dengan kelajuan diluar fikiran ahli bijak pandai barat iaitu 300,000 kilometer sesaat ataupun sama dengan kelajuan cahaya. Dengan kelajuan ini kapal angkasa ciptaan mereka akan sampai ke bandar Angkasaraya 2 dalam masa 13 jam 20 minit sahaja. Kapal angkasa yang diberi nama Kapal Arami Islam yang bermaksud panji-panji Islam mampu membawa 150 orang penumpang"
"Pada 1 Mac 2019, sejarah tercatat apabila sebuah negara muda iaitu Malaysia berjaya menerbangkan 4 kapal Arami Islam pada pukul 9:00 pagi dan diikuti 4 lagi kapal Arami Islam pada pukul 9:00 pagi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Semua sekali jumlah penumpang yang keluar dari bumi ialah 1,200 orang, peristiwa bersejarah ini mengejutkan dunia khususnya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mula berlumba dan membina kapal angkasa dengan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber api. Beberapa minit selepas berlepas, kapal angkasa Amerika Syarikat meletup dan mendatangkan bencana kepada seluruh rakyatnya sendiri. Selepas insiden itu, PBB mengharamkan penggunaan nuklear untuk dijadikan bahan api untuk kapal angkasa. Profesor Aiman Hafiz dan Profesor Iezat tidak menggunakan tenaga nuklear untuk kapal Arami Islam, jadi itu bukan satu masalah."
"Itu sahaja maklumat tentang sejarah pembinaan bandar Angkasaraya 2, terima kasih kerana sudi mendengar." mereka bertiga memandang sesama sendiri dan memandang kepada Profesor Iezat dan Profesor Aiman Hafiz.
"Jadi dah selesai nampaknya, tolong nyahaktifkan alat IEM. Jom kita pergi jalan jalan di sekitar bandar Angkasaraya 2. Ikut aku." mereka berempat hanya mengikut Profesor Aiman Hafiz ke hadapan bangunan, mereka bertiga terkejut dan kagum melihat langit yang dihiasi oleh angkasa yang luas dan cahaya bintang bintang yang jauh. Walaupun langit yang gelap tetapi suasana dalam bandar terang menderang, Profesor Aiman Hafiz mengeluarkan alat kawalan jauh dari poketnya dan menekan sesuatu butang pada alat tersebut, sebuah kereta Toyota Innova berhenti di hadapan mereka. Mereka semua masuk ke dalam perut kereta itu, kereta milik Profesor Aiman Hafiz merupakan kereta automatik. Profesor Aiman Hafiz tidak perlu memandu semuanya dilakukan oleh komputer.
"Kita hendak ke mana Profesor?" tanya Profesor Iezat yang duduk di sebelahnya. Profesor Aiman Hafiz dudu di tempat pemandu dan Iezat, Ikhwan dan Aiman Hafiz duduk di belakang.
"Balik rumah sekejap, mana adil kamu semua berpakaian baru aku pula hanya pakai kot makmal yang kotor" tidak sempat untuk sambung berbual kereta yang mereka naiki berhenti di hadapan rumah banglo tiga tingkat yang berada jauh daripada tempat kediaman orang lain. Semua keluar dari perut kereta dan berdiri di hadapan rumah itu. Mereka bertiga menggigil kesejukan kerana suhu di bandar Angkasaraya 2 hanyalah 24°c walaupun mereka sudah memakai jaket, kereta yang mereka naiki sudah hilang entah kemana. Ikhwan memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan memakai jaket tanpa lengan berwarna putih manakala Iezat memakai baju warna hitam dan jaket lengan panjang berwarna merah dan Iezat sengaja tidak mengezipkan jaketnya, Aiman Hafiz pula memakai jaket lengan panjang berwarna biru dan dizip sampai atas.
Mereka semua masuk ke dalam rumah. Ikhwan, Iezat dan Aiman Hafiz berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan di televisyen yang hidup secara tiba tiba sebaik sahaja Ikhwan duduk pada sofa yang empuk. Profesor Iezat dan Profesor Aiman Hafiz naik ke tingkat atas meninggalkan mereka bertiga di bawah. Tiba tiba Siti muncul di pintu hadapan, Siti memberi salam dan salamnya disambut oleh mereka bertiga. "Profesor Aiman Hafiz ada di mana?" tanya Siti.
"Profesor Aiman ada di tingkat atas" jawab Aiman Hafiz.
Bersambung..

Ulasan