Saintis Malaysia 12
Sambungan
Ikhwan dari masa silam dan Ikhwan dari masa hadapan terkejut melihat sesama sendiri seperti tidak percaya. Satu persoalan bermain di fikiran mereka, angkasa punyalah luas boleh pula terserempak dengan diri sendiri. Hampir 30 saat mereka diam tidak terkata, Ikhwan dari masa hadapan mula berkatakan sesuatu.
“Kau dari tahun 2016, bukan?” kata Ikhwan dari masa hadapan sambil duduk di sisi dirinya itu.
“Ya, apa yang kau buat di sini?” tanya Ikhwan dari masa silam, Ikhwan yang berumur 20 tahun itu baring merehatkan diri.
“Aku tengah tunggu awan, pemandangan padang rumput di sini akan kelihatan indah bila dipayungi awan berwarna putih gebu. Panggil jer aku abang, pelik pula bila diri sendiri sebut nama sendiri” katanya, Ikhwan pun turut baring di sebelah kanan ‘Abang’ Ikhwan.
“Abang boleh ceritakan sedikit kehidupan kita dari tahun 2017 sehingga sekarang?” Dia ingin sangat hendak tahu perjalanan hidupnya.
“Kau akan ambil bidang fotografi masa di sekolah menengah dan kau terpaksa berpindah untuk bidang itu, selepas beberapa bulan kau ambil keputusan untuk menjadi juru gambar sambilan di sebuah Syarikat Angkasa Lepas Malaysia atau SALM. Habis pengajian dalam bidang fotografi, kau diambil oleh SALM kerana gambar gambar yang kau tangkap menarik perhatian Pengarah SALM.”
“Pada tahun 2018, kita dipilih untuk mereka landskap dalaman Bandar Angkasaraya Perdana dan Bandar Angkasaraya 2 pada tahun 2019 dan sekarang aku bekerja mengambil gambar gambar menarik di planet ini” Ikhwan tekun mendengar perkara yang akan dilaluinya nanti. Abang Ikhwan pula termenung daun daun pokok.
“Aku nak kau ingat satu perkara sahaja, jangan sia siakan waktu yang ada. Masa tidak akan ulang kembali walaupun kau boleh mengembara masa tapi itu tidak sama” kata Abang Ikhwan sedih mengigatkan memori memori lepas bersama rakan rakannya di sekolah menengah dahulu. Suasana tadi yang terang kini mula ditutupi awan , Abang Ikhwan bergegas mengambil kameranya dan merakam suasana tersebut. Ikhwan juga turut melakukan perkara yang sama,mereka berdua sempat merakam suasana tersebut sebelum awan berlalu pergi. Abang Ikhwan melihat awan awan tersebut terbang seperti masa yang berlalu. Dia memandang Ikhwan yang turut sama memandang awan tersebut terlintas difikirannya satu idea. Abang Ikhwan mengeluarkan Al-Quran dari begnya dan diberikan kepada Ikhwan.
“Ikhwan, kau ambil Al-Quran ini dan baca di bawah pokok itu. Abang hendak ambil gambar” Ikhwan hanya turut sahaja permintaan dirinya itu,. Selepas selesai Abang Ikhwan mengambil gambar, mereka berdua duduk kembali di bawah pokok tersebut dan berkongsi gambar ganbar yang mereka ambil sebentar tadi. Kemudian mereka pergi ke tasik untuk mengambil wuduk dan solat fardu Zohor berjemaah, selesai solat mereka ambil keputusan untuk tidur sekejap.
Bersambung..

Ulasan