Saintis Malaysia
17 Februari 2021
Seorang profesor bernama Iezat yang berambut ala ala korea, berbadan kurus cuba menghalang sahabatnya Profesor Aiman Hafiz yang berambut serabai dan berbadan lebih kurus daripada Profesor Iezat daripada merentas masa.
"Apa yang kau cuba lakukan, tolong hentikan. Kalau tidak eksperimen kita yang kita jalankan bertahun tahun ini akan menjadi sia-sia!" kata Profesor Iezat yang berusaha untuk menghalang perbuatan sahabatnya dan juga ketua untuk eksperimen sulit ini.
"Apa yang kau tahu, aku dah buat jalan perkiraan. Aku perlu lakukannya. Kalau aku tidak lakukan kita akan ubah masa depan!" kata Profesor Aiman Hafiz sambil menekan butang butang yang ada pada mesin masanya dan menetapkan tarikh dan masa yang tepat.
"Apa maksud kau?, Kau cuba membunuh diri kau di masa lalu untuk kekalkan perjalanan masa depan? Kalau kau bunuh dia, kau tak akan wujud sekarang ni!" Kata Profesor Iezat dengan tegas tetapi tidak dihiraukan oleh Profesor Aiman Hafiz. Dia tekun menyelesaikan tugasnya, walaupun dia tahu jikalau pihak atasan mengetahuinya akan tindakannya, sudah pasti dia akan dibuang daripada eksperimen ini.
Profesor Iezat merupakan saintis dalam bidang fizik dan matematik begitu juga dengan Profesor Aiman Hafiz. Mereka berdua menjalankan eksperimen merentas masa yang di biayai oleh pihak kerajaan Malaysia dan eksperimen ini dikelaskan sebagai eksperimen sulit yang ke -12 bagi mereka berdua. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.
"Aku bukan nak bunuh dia, tapi nak mencederakan dia sahaja" pada tangan kirinya terdapat sebilah pedang manakala tangan kananya tanpa teragak agak menekan butang yang menyala di hadapanya.
Mesin masa yang berbentuk seperti mesin masa dalam cerita doraemon terapung dan hilang dari penglihatan Profesor Iezat. "Kau memang degil" katanya sendiri. Bunyi tapak kaki bergema di dalam makmal tersebut, apabila Profesor Iezat pusing ke belakang kelihatan seorang perempuan bersambut panjang berwarna biru menuju kearahnya.
"Mana Profesor Aiman Hafiz? Saya ada bawa makanan untuk dia" tanya perempuan itu kepada Profesor Iezat. Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja yang berada di sebelah sisi kananya.
"Dia baru sahaja pergi dengan mesin masa dia. Kenapa kau bawa makanan? Sedangkan kau pun tahu dia hanya makan sebiji kurma dan minum kopi sahaja" Dia melihat tingkah laku perempuan itu, begitu cantik baginya macam awek jepun.
Sayangnya, dia hanyalah sebuah robot yang dicipta oleh Profesor Aiman Hafiz untuk membantunya di makmal 24 jam. Profesor Iezat jatuh cinta akan kejelitaan robot itu pada waktu pertama dia
bersemuka dengan Siti. Itulah nama untuk robot tersebut atau nama panjangnya Nur Siti.
"Kali ini aku yakin 98%, Profesor Aiman Hafiz tak akan tolak sebab saya bawakan kek batik" kek batik merupakan kek kegemaran Profesor Aiman Hafiz, kalau dia menolak juga kek batik ini. Siti akan menggunakan cara lain, ini bukanlah percubaan yang pertama.
"Awak, awak, awak. Nak sikit kek batik tu, bolehlah awak" merayu Profesor Iezat sambil buat muka comel supaya Siti 'cair' melihat mukanya. Profesor Iezat buat muka comel semua perempuan cair, dia berharap Siti memberikan dia sedikit kek batik
"Tak boleh, saya akan tunggu Profesor Aiman Hafiz pulang" taktik Profesor Iezat langsung tak berkesan pada Siti. Profesor Iezat terus buat muka sedih dan terus sambung kerja yang tertangguh tadi
'Aku tak akan termakan dengan taktik kau tu, kau kena buat lebih baik' kata Siti dalam hati.
Bersambung....

Ulasan