Saintis Malaysia 20
Sambungan
Melepasi sahaja pintu masuk utama Perpustakaan Planet Ar
Rahman mereka berdua berpisah mencari hala tuju masing masing. Bagi Aiman Hafiz
inilah perpustakaan paling besar yang pernah dilihatnya, terlalu besar
sehinggakan tidak tahu mahu mulakan dari mana dahulu.
Aiman Hafiz mengambil sekeping risalah yang berada
berdekatannya, antara isi kandungan risalah tersebut ialah visi, misi, matlamat
penubuhan dan yang paling penting peta. Dengan adanya peta memudahkan sedikit
untuk mencari buku yang ingin dicari. Aiman Hafiz letak kembali risalah tadi
pada tempat asalnya, peta yang ada pada risalah tersebut sudah di salin oleh
cermin mata yang dipakai Aiman Hafiz.
Cermin mata pemberian Profesor Aiman Hafiz sedang
menunjukkan jalan ke destinasi seterusnya. Gambar anak panah pada lantai yang
boleh dilihat oleh Aiman Hafiz sahaja, langkah demi langkah akhirnya Aiman
Hafiz sampai ke tempat yang diingini iaitu ruang komputer, ruang tersebut boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa bayaran.
Terdapat satu tempat kosong dan tidak ramai disekeliling
komputer tersebut, Aiman Hafiz menuju ke arah komputer tersebut. Kerusi beroda
di tarik ke belakang dan duduk atas kerusi itu, sekarang dihadapan Aiman Hafiz
terdapat monitor komputer, tetikus, fon telinga dan pancaran papan kekunci.
Tanpa membuang masa Aiman Hafiz gerakkan tetikus dan klik ‘Pencarian’ dan
menaip sesuatu pada atas meja. Selesai menaip, tangan kanan pula gerakkan
tetikus untuk mencari maklumat yang tepat.
=======================================================================
Carian : Koleksi Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Hamzah
Tempat : Rak 964, Sayap Timur, Tingkat 3, Perpustakaan
Planet Ar Rahman
Majalah SMK Dato Hamzah merakamkan aktiviti sepanjang tahun
dan hasil kerja pelajar juga dipaparkan dalam isi kandungan majalah tersebut.
Tahun Buku : 1976 – 2020
=======================================================================
Tetikus sekali lagi digerakkan, laman pencarian di tutup dan
Aiman Hafiz berdiri dan berjalan meninggalkan tempat duduknya tadi. Kaki Aiman
Hafiz terus melangkah tanpa henti sehingga sampai pada rak bernombor 964 pada
sayap Timur di tingkat 3 bangunan tersebut, tangan Aiman Hafiz terus mencapai
majalah yang bertahun 2016 dan diselak beberapa muka surat, berhenti seketika
pada gambar kelasnya dan diletakkan kembali pada tempatnya dan majalah yang
bertahun 2017 pula diambil dan melakukan perkara yang sama. Begitu juga dengan
majalah yang bertahun 2018.
Aiman Hafiz keliru dan buntu, beberapa nama yang dikenalinya
pada 2016 ada yang hilang pada tahun 2017 dan 2018 termasuklah nama Ikhwan,
Iezat dan namanya sendiri. Nama-nama yang hilang dalam majalah tersebut
merupakan kawan-kawannya dan kebanyakannya terdiri dari kelas belakang, kelas
Optimis dan 2 kelas atas iaitu kelas Kreatif(kelas ketiga) dan Setia(kelas pertama).
Kehilangan nama-nama tersebut terus diabaikan kerana Aiman Hafiz sudah
tahu jawapannya, jawapan kepada kehilangan nama nama tersebut mungkin berada
pada sebuah buku . “Kalau betul aku pada waktu ni seorang perdana menteri buku
tu mesti ada” buku yang dimaksudkan adalah buku peristiwa negara. Dalam buku
tersebut tercatat peristiwa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun di dalam
mahupun di luar negara.
Baru selangkah untuk kembali ke komputer untuk mencari buku
tersebut, Aiman Hafiz sudah jumpa buku tersebut betul betul di sebelah
kanannya. Aiman Hafiz mengambil buku yang paling tebal apabila buku tersebut
dikeluarkan dari rak buku, terpapar tajuk buku tersebut ‘Dokumentasi sejarah
dunia 2016-2020’
“5 tahun adalah masa yang lama. Macam macam perkara boleh berlaku sepanjang 5 tahun” Aiman Hafiz sudah tidak sabar untuk melihat isi kandungan buku tersebut, Buku 'Masa Depan'
Bersambung.....
Ulasan