Saintis Malaysia 6
Sambungan
"Sahabatku! Mana kau pergi tadi?" Profesor Iezat gembira Profesor Aiman Hafiz sampai tepat pada masanya.
"Aku pergi beli telefon untuk mereka bertiga, semasa perjalanan ke sini aku ternampak mesin layan diri. Mula mula niat aku nak belikan air, tapi rupanya tu mesin layan diri telefon pintar. Nah seorang ambil satu" Profesor Aiman Hafiz menghulurkan tiga telefon pintar kepada mereka bertiga.
"Berapa harga telefon ni?" tanya Ikhwan
"Semua sekali 12 dinar, maksudnya satu telefon, 4 dinar"
"Sejak bila Malaysia menggunakan mata wang dinar?" tanya Iezat
"Sejak awal tahun 2017" jawab Profesor Iezat.
"Oh, saya lupa nak bagi tahu. Tekan butang pada alat IEM untuk mengaktifkannya" kata Profesor Iezat. Dengan serentak mereka menekan butang pada alat IEM yang masing masing di telinga kanan.
"Selamat datang ke bandar Angkasaraya 2, ini merupakan bandar angkasa yang ke dua di bina oleh kerajaan Malaysia dan bandar pertama yang dibina di luar sistem suria kita. Bandar ini di bina untuk menampung jumlah penduduk Malaysia yang terlalu ramai di bumi dan di bandar Angkasaraya Perdana." alangkah terperanjatnya mereka, sekarang mereka berada di luar sistem suria sedangkan 2016 tiada sesiapa yang pernah pergi sejauh ini.
"Terima kasih kepada 2 orang saintis termuda Malaysia iaitu Profesor Aiman Hafiz dan Profesor Iezat yang mencetuskan idea ini. Di Malaysia sahaja terdapat 45.3 juta orang pada bulan Mac 2018, walaupun tanah luas tetapi tidak boleh digunakan untuk mengekalkan ekosistem semula jadi dan mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh" sementara mereka bertiga tekun mendengar maklumat daripada alat IEM sambil melihat gambar gambar suasana masa hadapan daripada risalah yang mereka terima daripada Profesor Iezat, Profesor Aiman Hafiz dan Profesor Iezat rancak berbual mengenai idea idea yang tidak masuk akal bagi orang biasa.
"Bandar Angkasaraya Persama mampu memuatkan 10.5 juta orang, bandar ini mengelilingi bumi dengan menggunakan tenaga solar. Malangnya, bandar Angkasaraya Perdana ini hanya mampu memuatkan 4.5 juta kerana banyak sistem rosak disebabkan ribut suria. Saintis-saintis barat menyatakan bandar Angkasaraya Perdana ini satu kerugian yang besar dan merupakan senjata yang mampu membunuh seluruh umat manusia di bumi jika terhempas tapi sebaliknya Profesor Aiman Hafiz selangkah ke hadapan, bandar Angkasaraya Perdana mempunyai alat bantuan untuk terus mengelilingi bumi. Beliau menjangkakan akan banyak kerosakkan disebabkan ribut suria tetapi ramalannya tidak tepat, bandar Angkasaraya Perdana masih dalam keadaan stabil "
"Profesor Iezat mencadangkan bandar Angkasaraya 2 dibina sementara menunggu bandar Angkasaraya Perdana siap sepenuhnya, pembinaannya dilakukan di luar sistem suria kira kira 14,400 juta km dari bumi atau lebih 98 AU dalam unit astronomikal dari matahari. Bandar Angkasaraya 2 mampu memuatkan 15.6 juta orang dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2019. Walaupun begitu, satu soalan bermain di fikiran rakyat dunia, bagaimana hendak ke sana?"
"Profesor Aiman Hafiz mengadakan mesyuarat tergempar dengan anggota anggota OIC untuk membincangkan tentang tapak pelancaran roket 5 bulan sebelum bandar Angkasaraya 2 siap. Selepas mendapat kata sepakat 2 tapak melancaran dibina iaitu di Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia. Setiap tapak pelancaran mampu melancarkan 4 roket pada satu satu masa, saintis barat mencemuh idea Profesor Aiman Hafiz katanya walaupun boleh pergi ke angkasa, mungkin dah mati bila sampai ke destinasi"
Bersambung...

Ulasan