Saintis Malaysia 2
Sambungan..
22 Oktober 2016
Suasana pagi yang sejuk disebabkan malam semalam hujan turun dengan lebatnya. Walaupun dengan suasana yang begitu, 2 pemuda ini menggagahkan diri untuk bangun di awal pagi dan bertolak ke rumah kawanya untuk menghilangkan stres selepas peperiksaan PT3.
Rumah rakan mereka bagaikan berada di dalam hutan kerana dikelilingi pokok yang menjulang tinggi dan semak samun yang menghijau. "Assalamualaikum, Aiman oh Aiman!" Iezat memberi salam di hadapan sebuah rumah banglo di hadapanya manakala Ikhwan berada di belakang Iezat.
" Kau ni biar betul, tak mungkinlah dia tinggal di sini. Kau pasti dia bagi alamat yang betul?" Ikhwan kurang yakin akan kawanya ini, setahunya kawan yang ini berjumpa ini tinggal di kuartes KTM
Pintu rumah banglo di hadapan mereka di buka oleh orang yang sangat mereka kenali
"Waalaikumussalam, masuklah" jawap pemuda itu dalam keadaan letih dan tidak bermaya.
Ikhwan dan Iezat menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah, mereka meletakkan beg di tepi sofa dan merehatkan tubuh pada sofa yang empuk dan selesa setelah berpenat lelah berjalan kaki sambil menjinjing beg yang berat.
"Nah minumlah teh ni" Aiman Hafiz meletakkan dulang yang berisi 3 gelas berisi teh panas yang sesuai diminum pada waktu pagi yang sebegini. Aiman Hafiz mengambil alat kawalan jauh lalu menghidupkan televisyen yang berada di hadapan mereka.
"Kamu berdua nak tidur di mana malam ni?"
"Eh eh, takkan rumah besar ini hanya ada satu bilik?" Ikhwan hairan akan pertanyaan Aiman Hafiz itu. Iezat tekun menonton rancangan pagi yang membincangkan tentang gaya rambut.
"Dalam rumah ini hanya ada satu sahaja bilik tidur, bilik tidur yang lain aku dah ubah suai jadi bilik bacaan dan stor. Tak perlu risau lah, kamu berdua boleh tidur dalam bilik. Katil besar cukup untuk 3 orang tidur, kalau nak tidur di ruang tamu ini pun boleh tapi kalau aku jadi kau, aku tak mahu tidur bersama 'dia' di sini takut takut ada yang terkencing" kata Aiman Hafiz sambil senyum sinis.
"Kamu berdua buatlah macam rumah sendiri, aku nak pergi tidur. Jangan dibakar rumah ni sudah" Aiman Hafiz terus berjalan untuk ke bilik untuk berehat tetapi hanya beberapa langkah sahaja Aiman Hafiz terus pengsan akibat kepenatan, sempat disambut Iezat yang kebetulan berada di tepinya.
"Alamak, macam mana ni?" Ikhwan mula panik sambil melihat Aiman di dalam dakapan Iezat.
"Aku bawa dia ke bilik tidur, kau tolong angkat beg beg ni, boleh?"
Ikhwan menggangguk
***
Aiman yang baru sedar dari pengsan terkejut apabila melihat dia sudah berada di dalam bilik tidurnya sedangkan seingatnya dia disambut oleh Iezat di ruang tamu tetapi yang paling terkejut apabila dia melihat rakan rakanya tidur bersamanya, Ikhwan di sisi kanan manakala Iezat di sisi kiri.
Apabila dia melihat jam digital di dinding menunjukkan 12:30 am. Aiman terus bangun dan turun ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk menghilangkan haus. Aiman mengambil sekotak jus oren daripada peti sejuk dan tuangkan ke dalam gelas yang sudah ada di atas meja.
Gelas yang berada dalam gengaman Aiman jatuh dan pecah, sunggah tidak percaya akan apa yang dilihat olehnya. Tanpa sebarang amaran hayunan pedang oleh 'dia'. Darah pekat keluar daripada luka di bahagian abdomenya. Aiman cuba menutup luka dengan tangannya.
Bunyi gelas pecah mengejutkan Ikhwan dan Iezat daripada tidur yang lena, mereka terus menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Aiman terduduk sambil menutup luka dengan tangan, 'dia' mengambil beberapa bebola dari poketnya dan membaling ke lantai, asap terhasil daripada bebola itu menyebabkan mereka bertiga tidak sedarkan diri.
Bersambung...

Ulasan