Saintis Malaysia 8

Sambungan..

Siti menaiki anak tangga dan masuk kedalam bilik bacaan di tingkat 2 rumah itu, sebaik sahaja dia melangkah masuk. Dia melihat susuk badan yang sangat dia kenali, dia melangkah masuk dengan berhati hati. Dia mengunci pintu bilik berkenaan, perbuatannya disedari oleh Profesor Iezat.

"Apa yang Siti cuba lakukan ni?" Profesor Iezat dalam keadaan gelisah kalau kalau Siti tahu apa yang dia tidak perlu tahu.

"Ada sesuatu yang perlu saya bagi tahu dan perkara ini tidak boleh diketahui oleh Profesor Aiman Hafiz"

"Perkara apa yang rahsia sangat?" riak wajah Profesor Iezat mula berubah.

"Mereka berdua dah sampai"

"Siapa?" Profesor Iezat masih tertanya tanya siapakah 'mereka'?

"Afiq dan Hafizah. Mereka dah sampai semalam, hari ini mereka bersiar siar di bandar. Siti risau kalau mereka terserempak dengan Profesor Aiman Hafiz nanti"

"Ok lah kalau begitu, tak sabar saya nak lihat wajah Profesor Aiman Hafiz nanti" kata Profesor Iezat sambil membayangkan wajah Profesor Aiman Hafiz nanti

Mereka berdua keluar dari bilik bacaan dan turun ke ruang tamu untuk menemankan Ikhwan, Iezat dan Aiman Hafiz di sana. Beberapa minit kemudian Profesor Aiman Hafiz turun ke ruang tamu. Profesor Aiman Hafiz berpakaian sama dengan Aiman Hafiz iaitu berjaket lengan panjang berwarna biru tetapi lainnya Profesor Aiman Hafiz tidak mengezip jaketnya seperti Iezat. "Jom kita bersiar siar, Siti nak ikut?"tanya Profesor Aiman Hafiz. Siti hanya menggelengkan kepala "Saya mahu duduk dirumah sahaja, lagi pun banyak kerja yang perlu saya buat" jawab Siti, sebaliknya Siti tidak mahu kacau hubungan Profesor Aiman Hafiz dengan Hafizah.

"Kita hendak kemana Profesor Aiman?" tanya Profesor Iezat di belakang Profesor Aiman Hafiz.

"Kita akan menaiki kereta api ke pusat bandar"

***

Selepas beberapa minit berjalan..

"Selamat datang ke stesen kereta api Al-Hakim" kata Profesor Aiman Hafiz kepada mereka bertiga.

Mereka menuju ke platform 3 dan kereta api akan tiba dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Belum sempat mereka menghilangkan penat berjalan tadi, satu pengumuman daripada pihak stesen kepada semua penumpang yang ada di stesen berkenaan.

"Sebentar lagi, kereta api Maira Arisa 4 akan berhenti di platform 3, pihak kami berharap anda mengikut kesemua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Terima kasih"

Kereta api yang disebut tadi sudah berhenti di platform 3, Maira bermaksud pantas manakala Arisa bermaksud seseorang yang keperibadian dan tingkahlakunya seumpama seorang yang luhur dan mulia serta cemerlang sifatnya.

Semua orang di platform masuk ke dalam kereta api dalam keadaan yang teratur, penumpang dalam kereta api juga keluar dengan teratur tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Mereka berlima duduk di tempat yang sesuai untuk mereka berborak.

"Kalau kamu semua perasan, stesen ini tidak menggunakan tiket kerana perkhidmatan kereta api ini adalah percuma" kata Profesor Aiman Hafiz

"Kereta api ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, kereta api ini mampu bergerak 600 km per jam" sambung Profesor Iezat.

Bersambung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20