Saintis Malaysia 4

Sambungan

19 Februari 2021

Makmal sekarang kembali tenang selepas semuanya selesai yang tinggal di makmal sekarang hanyalah Profesor Aiman Hafiz manakala Profesor Iezat, Iezat, Ikhwan dan Aiman Hafiz sedang lena dibuai mimpi di bilik rehat.

Profesor Aiman Hafiz tidak tidur semalaman, sibuk memperbaiki jalan perkiraannya untuk merentas masa. Dia berharap perkiraannya kali ini membolehkan seseorang merentas masa tanpa memberi kesan sampingan, jam di dinding makmal menunjukkan sudah 5:57 pagi. Profesor Aiman menuju ke bilik surau yang telah sedia ada di makmal ini.

Masuk sahaja Profesor Aiman ke surau terlihat sesusuk tubuh yang tertidur di ruang surau itu, tersenyum sendiri melihat sahabatnya terlena itu. Profesor Aiman mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, solat. Selesai sahaja solat dia mengejutkan Profesor Iezat.

"Iezat bangun, kamu dah solat?"

"Dah" jawap Iezat sambil menggosokkan matanya.

"Pergi basuh muka, aku pergi kejutkan yang lain" Profesor Aiman Hafiz keluar dari surau dan berjalan ke bilik rehat. Profesor Aiman Hafiz mengejutkan Ikhwan, Iezat dan dirinya.

"Kamu semua pergi mandi dulu, tuala dan pakaian ada dalam almari. Lepas itu, solat. Lepas solat jumpa saya di makmal"

Ikhwan dan Iezat terus pergi ke bilik air manakala Profesor Aiman Hafiz membantu dirinya membuka balutan, sepatutnya luka itu dah sembuh katanya dalam hati. Betul jangkaannya luka itu sudah sembuh, ubat yang dia cipta memang berkesan.

***

Selepas selesai solat

"Saya Profesor Aiman Hafiz, 20 tahun dan dia pula Profesor Iezat, 20 tahun juga, kami telah menjalankan satu eksperimen sulit iaitu mencipta mesin masa dan kamu bertiga sekarang berada pada tahun 2021 iaitu 5 tahun ke hadapan, saya sengaja mencederakan Aiman untuk membersihkan saluran darahnya. Hari ini saya akan bawa kamu semua bersiar siar di bandar" kata Profesor Aiman Hafiz dengan panjang lebar.

"Siti, tolong cakap dengan kerani di pejabat tu saya dengan Iezat ambil cuti seminggu" Siti hanya menggangguk dan beredar.

"Jadi ada apa apa soalan?" tanya Profesor Aiman.

"Jadi Profesor Aiman adalah saya di masa hadapan manakala Profesor Iezat adalah Iezat di masa hadapan?" tanya Aiman Hafiz

"Betul" jawap Profesor Aiman

"Perkara macam ni tak mengganggu perjalanan masa ke?" Profesor Iezat ketawa mendengar soalan Aiman.

"Aku dah agak dah. Aiman mesti tanya pasal ni, tak padan dengan umur. Kamu semua nampak papan hijau di sebelah kiri makmal tu?" tanya Profesor Iezat kepada mereka. Mereka melihat papan hijau yang tinggi, panjang dan penuh dengan nombor nombor dan pekali seperti x, y, a, b dan sebagainya.

"Profesor Aiman tak akan ambil risiko. Dia dah kira semuanya, perkara ni tak akan mengubah mana mana masa. Mesin masa yang kami cipta boleh bawa kamu pulang sesaat selepas kamu hilang" mereka bertiga menggangguk faham.

"Jom ikut aku" mereka bertiga termasuk Profesor Iezat ikut Profesor Aiman Hafiz keluar dari makmal.
Iezat berjalan rapat dengan dirinya yang berumur 20 tahun itu " macam mana aku dengan Aiman boleh jadi Profesor sedangkan baru 20 tahun?" tanya Iezat, pertanyaan itu menarik perhatian Aiman dan Ikhwan.

"Sebenarnya sistem pendidikan di Malaysia telah diubah oleh Yang Dipertua Agong yang baru, ditabalkan pada hujung tahun 2016. Contoh fungsi sistem baru ni, kau dengan Aiman pandai dalam subjek fizik dan matematik. Jadi kamu berdua belajar itu sahaja, mata pelajaran lain seperti bahasa, kemahiran dan lain lain hanya belajar asas. Kau dengan Aiman walaupun baru 18 tahun tapi sudah menjadi pelajar tahun akhir di Universiti Sains Malaysia." jawapan yang panjang dan padat.

Bersambung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20