Saintis Malaysia 11

Sambungan

4 Kapal Angkasa Arami Islam dan 20 pesawat keluar dari Terminal Al-Hamid. Dalam beberapa minit sahaja 4 Kapal Angkasa Arami Islam itu bergerak dengan laju meninggalkan bandar Angkasaraya 2 manakala pesawat pesawat angkasa terbang mengelilingi bandar Angkasaraya 2, ada diantara mereka adalah pekerja keselamatan Bandar Angkasaraya 2 untuk memastikan tiada kerosakan dan ada diantara mereka pergi ke Planet Ar Rahman atas arahan kerja.

Pesawat yang dinaiki mereka mula menuju ke Planet Ar Rahman untuk tujuan penyelidikan. Planet Ar Rahman nampak indah seperti bumi dari angkasa tetapi lainnya Planet ini daratannya kelihatan lebih besar daripada lautan. Mereka sekarang sedang memasuki afmosfera planet itu. Jika pada tahun 2016, apa sahaja yang memasuki afmosfera akan terbakar tetapi bukan pesawat ini. Pesawat ini dicipta khas untuk keluar dan masuk planet berulang ulang kali dengan mudah tanpa sebarang kerosakan.

"Ingat kamu semua, kita di planet ini hanya untuk 4 jam sahaja, makanan untuk tengah hari ada dalam bekas dan sejadah ada di belakang." kata Profesor Aiman Hafiz melalui panggilan hologram yang dipaparkan di tingkap pemandu dalam tatapan yang kecil.

Mereka semua berpecah dan pergi kearah masing masing. Hafizah dan Profesor Iezat pergi ke arah selatan, Iezat dan Afiq ke arah barat, Ikhwan ke arah utara, Profesor Aiman Hafiz ke arah Timur dan Aiman Hafiz ke arah tenggara. Setiap mereka mempunyai kisah yang berbeza dalam perjalanan mereka di Planet Ar Rahman ini.

***

Kisah Ikhwan

"Cantik juga pemandanga di Planet Ar Rahman ini, kalau ambil gambar dan jual mesti untung" kata Ikhwan sendiri. Ikhwan mendaratkan pesawatnya di kawasan ladang rumput yang luas dengan dihiasi gunung yang tinggi. Pintu pesawat dibuka, udara dari luar mula masuk ke dalam pesawat. Ikhwan melangkah keluar dari pesawat, 'kalaulah di bumi macam ni' katanya dalam hati.

Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Dia berjalan meninggalkan pesawatnya untuk mencari pemandangan yang menarik untuk dirakam untuk dijadikan kenangan atau dijual, dia ternampak sebatang pokok di tengah tengah padang rumput. Permandangan itu cukup menarik untuknya, telefon pintarnya mula merakam pemandangan itu. Selain itu dia juga mengambil gambar permandangan langit, permandangan tasik yang tidak jauh dari tempatnya.

Selepas hampir setengah jam dia menghabiskan masa untuk merakam gambar, dia mengambil keputusan untuk berehat pada pokok yang dia jumpa awal awal tadi. Dia baring dibawah pokok tersebut sambil melihat langit yang dipayungi dahan dahan pokok. Tiba tiba sesusuk tubuh menghempap dirinya, tubuh itu lebih besar darinya.

"Maaf, maaf kau tak apa apa?" tanya lelaki itu selepas bangun daripada atas Ikhwan.

"Aduh, sakitnya!" itu sahaja yang keluar dari mulutnya, Ikhwan mula membuka mata dan melihat siapa yang dihadapannya.

"Saya tak apa apa, kau siapa?" tanya Ikhwan dalam keadaan takut kalau kalau dia adalah makhluk asing di planet ini.

"Jangan risau saya orang baik, nama saya Ikhwan, juru gambar profesional di Bandar Angkasaraya 2" Ikhwan mula rasa lega. Riak muka Ikhwan kembali berubah kembali bila dia tahu nama lelaki tersebut adalah sama dengannya.

"Kau Ikhwan?" tanya Ikhwan

"Ya, saya Ikh.. Nanti dulu muka kau ni, takkanlah...." riak muka lelaki bernama Ikhwan itu berubah.

"Kau adalah aku!" mereka menyebutnya serentak.

Bersambung





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20