Saintis Malaysia 10

Sambungan

"Kenapa kakak dengan Afiq tak beritahu saya yang kakak dan Afiq nak datang? Boleh sahaja saya jemput di terminal ketibaan" Kata Profesor Aiman Hafiz, mereka bertiga berhenti merakam.

"Hafizah tak nak kacau Aiman bekerja dan lagi satu jangan guna kata ganti nama 'kakak'. Kita kan lahir pada hari yang sama" kata Hafizah atau nama penuhnya Hafizah Jamilah.

"Afiq, kamu dah tinggi sekarang. Oh lupa pula, ini Ikhwan, Iezat dan Aiman Hafiz umur 15 tahun. Mereka pelancong masa. Ikhwan, Iezat, Aiman, ini Hafizah dan Afiq umur 20 dan 19 tahun, mereka... Eh.. Mereka.." kata kata Profesor Aiman Hafiz tersekat. Kata kata Profesor Aiman Hafiz disambung oleh Profesor Iezat.

"Mereka adik beradik susuan Profesor Aiman Hafiz" kata Profesor Iezat sambil makan aiskrim perisa vanila yang dibelinya. Profesor Iezat membeli aiskrim cawan untuk Iezat, Ikhwan, Aiman dan Profesor Aiman Hafiz manakalah Profesor Iezat membeli  Aiskrim Cornetto untuk dirinya.

Profesor Iezat memberikan 4 aiskrim cawan kepada mereka berempat. "Assalamualaikum Hafizah, apa khabar" tanya Profesor Iezat. Profesor Iezat cuba untuk mengambil hati Hafizah.

"Waalaikumussalam, khabar baik. Abang Iezat" muka Profesor Iezat mula kemerahan apabila Hafizah menggunakan kata ganti nama 'abang' bukan 'Profesor'.

"Hafizah!" Hafizah memandang Profesor Aiman Hafiz, dia tahu apa yang Profesor Aiman Hafiz cuba katakan.

"Alah Aiman, Hafizah bergurau jer" kata Hafizah sambil memeluk Profesor Aiman Hafiz, Hafizah tidak puas puas lagi memeluk Profesor Aiman Hafiz mungkin sebab sudah 4 tahun tak berjumpa.

"Kamu semua mahu ke mana?" tanya Afiq atau nama panjangnya Afiq 'Awadullah yang sedang duduk disebelah Ikhwan.

"Tak tahu lagi, kami baru sahaja duduk di sini beberapa minit yang lalu" kata Profesor Aiman Hafiz.

"Kalau begitu, jom ikut kami pergi bersiar siar di Planet Ar Rahman tapi ada bayarannya" kata Afiq.

"Apa bayarannya?" tanya Ikhwan

"Kongsi video yang kamu rakam tadi" jawab Afiq

"Ok" jawab Ikhwan

***

"Ok, kamu semua faham?" tanya Profesor Aiman Hafiz.

"Bagaimana keadaan udara di Planet itu?" tanya Hafizah.

"Ada kawasan yang mengandungi gas oksigen yang stabil dan kurang stabil. Jika mahu berjalan di kawasan yang tidak stabil sila pakai topeng yang direka khas yang ada dalam pesawat" kata Profesor Aiman Hafiz.

"Jangan buang masa lagi, jom pergi" semangat Afiq berkobar kobar.

"Semua pergi ke pesawat masing masing" Profesor Aiman Hafiz memberi arahan kepada mereka semua. Hafizah, Afiq, Profesor Aiman Hafiz, Profesor Iezat, Ikhwan, Iezat dan Aiman Hafiz menaiki pesawat masing.

"Semua pesawat di termina Al-Hamid dibenarkan berlepas" arahan suara daripada komputer yang ada dalam pesawat mereka. Semua pesawat dan Kapal Angkasa Arami Islam yang berada di terminal Al-Hamid keluar dengan teratur Kapal Angkasa Arami Islam keluar di bahagian tengah manakala pesawat keluar di bahagian tepi.

Bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20