Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Saintis Malaysia 13

Sambungan Kisah Afiq dan Iezat. “Abang Afiq mahu ke mana?” paparan hologram di paparkan di tingkap hadapan. “Abang mahu pergi ke Kota Botani, jomlah ikut abang. Di sana terdapat pelbagai benda baharu yang belum pernah kamu lihat” kata Afiq “Ok, saya ikut belakang” paparan hologram di tingkap hadapan hilang.. Iezat dan Afiq terus menuju ke arah barat, di sana terdapat sebuah kota yang dibina untuk penyelidikan tumbuhan. Di situ ditanam pelbagai speseis tumbuhan termasuklah buah buahan dan bunga. Mereka berdua memandu pesawat mereka dengan laju, mereka melintasi hutan hutan dan lautan yang luas. Kehidupan flora dan fauna di sini tidak di usik langsung. Selepas  10 minit memandu, mereka mendaratkan pesawat pada tempat yang di khaskan yang terletak di luar kota. Sebaik sahaja pesawat mereka selamat mendarat, Iezat menggigil kesejukan sebaik sahaja pintu pesawat di buka, suhu di tempat ini sejuk mungkin disebabkah tumbuhan yang tumbuh di kota ini. Mereka berdua ...

Saintis Malaysia 12

Sambungan Ikhwan dari masa silam dan Ikhwan dari masa hadapan terkejut melihat sesama sendiri seperti tidak percaya. Satu persoalan bermain di fikiran mereka, angkasa punyalah luas boleh pula terserempak dengan diri sendiri.  Hampir 30 saat mereka diam tidak terkata, Ikhwan dari masa hadapan mula berkatakan sesuatu. “Kau dari tahun 2016, bukan?” kata Ikhwan dari masa hadapan sambil duduk di sisi dirinya itu. “Ya, apa yang kau buat di sini?” tanya Ikhwan dari masa silam, Ikhwan yang berumur  20 tahun itu baring merehatkan diri. “Aku tengah tunggu awan, pemandangan padang rumput di sini akan kelihatan indah bila dipayungi awan berwarna putih gebu. Panggil jer aku abang, pelik pula bila diri sendiri sebut nama sendiri” katanya, Ikhwan pun turut baring di sebelah kanan ‘Abang’ Ikhwan. “Abang boleh ceritakan sedikit kehidupan kita dari tahun 2017 sehingga sekarang?” Dia ingin sangat hendak tahu perjalanan hidupnya. “Kau akan ambil bidang fotografi masa di sekolah meneng...

Saintis Malaysia 11

Sambungan 4 Kapal Angkasa Arami Islam dan 20 pesawat keluar dari Terminal Al-Hamid. Dalam beberapa minit sahaja 4 Kapal Angkasa Arami Islam itu bergerak dengan laju meninggalkan bandar Angkasaraya 2 manakala pesawat pesawat angkasa terbang mengelilingi bandar Angkasaraya 2, ada diantara mereka adalah pekerja keselamatan Bandar Angkasaraya 2 untuk memastikan tiada kerosakan dan ada diantara mereka pergi ke Planet Ar Rahman atas arahan kerja. Pesawat yang dinaiki mereka mula menuju ke Planet Ar Rahman untuk tujuan penyelidikan. Planet Ar Rahman nampak indah seperti bumi dari angkasa tetapi lainnya Planet ini daratannya kelihatan lebih besar daripada lautan. Mereka sekarang sedang memasuki afmosfera planet itu. Jika pada tahun 2016, apa sahaja yang memasuki afmosfera akan terbakar tetapi bukan pesawat ini. Pesawat ini dicipta khas untuk keluar dan masuk planet berulang ulang kali dengan mudah tanpa sebarang kerosakan. "Ingat kamu semua, kita di planet ini hanya untuk 4 jam saha...

Watak watak Saintis Malaysia

Imej
Watak utama dalam cerita ini iaitu Profesor Aiman Hafiz berumur 20 tahun yang mempunyai misi rahsianya yang tersendiri, ibu bapanya sudah meninggal dunia selepas beberapa hari selepas Peperiksaan PT3, ia memberi kesan yang mendalam buat dirinya. Kawannya iaitu Profeson Iezat berumur 20 tahun juga telah menemaninya dari Tingkatan 3 lagi, mereka berdua telah tercatat sebagai profesor termuda dunia dengan IQ tertinggi. Mereka telah mengubah Malaysia menjadi negara yang maju dari segi teknologi. Antara teknologi yang dicipta oleh mereka adalah Kapal Angkasa Arami Islam, Pesawat Angkasa, Bandar Angkasaraya Perdana, Bandar Angkasaraya 2 dan pelbagai lagi. Profesor Iezat ada hati kepada Hafizah iaitu adik susuan Profesor Aiman Hafiz Nur Siti merupakan pembantu makmal dan doktor peribadi Profesor Aiman Hafiz. Nur Siti merupakan salah satu ciptaan Profesor Aiman Hafiz yang dibantu Profesor Steve Ikhwan merupakan kawan kepada Aiman Hafiz dan Iezat. Pada masa hadapan Ikhwan mer...

Saintis Malaysia 10

Sambungan "Kenapa kakak dengan Afiq tak beritahu saya yang kakak dan Afiq nak datang? Boleh sahaja saya jemput di terminal ketibaan" Kata Profesor Aiman Hafiz, mereka bertiga berhenti merakam. "Hafizah tak nak kacau Aiman bekerja dan lagi satu jangan guna kata ganti nama 'kakak'. Kita kan lahir pada hari yang sama" kata Hafizah atau nama penuhnya Hafizah Jamilah. "Afiq, kamu dah tinggi sekarang. Oh lupa pula, ini Ikhwan, Iezat dan Aiman Hafiz umur 15 tahun. Mereka pelancong masa. Ikhwan, Iezat, Aiman, ini Hafizah dan Afiq umur 20 dan 19 tahun, mereka... Eh.. Mereka.." kata kata Profesor Aiman Hafiz tersekat. Kata kata Profesor Aiman Hafiz disambung oleh Profesor Iezat. "Mereka adik beradik susuan Profesor Aiman Hafiz" kata Profesor Iezat sambil makan aiskrim perisa vanila yang dibelinya. Profesor Iezat membeli aiskrim cawan untuk Iezat, Ikhwan, Aiman dan Profesor Aiman Hafiz manakalah Profesor Iezat membeli  Aiskrim Cornetto untuk...

Saintis Malaysia 9

Bersambung "Kereta api ini bergerak di lintasan magnet berkelajuan tinggi, kereta api Maira Arisa tidak mempunyai roda dan ia terapung di atas medan magnet yang wujud di antar kereta api dan landasan. Tarikan ektromagnet yang terjadi daripada medan magnet yang kuat membenarkan kereta api terbang di atas trek kerana tiada sentuhan antara kereta api dan landasan" kata Profesor Aiman Hafiz. "Patutlah kereta api ini diberi nama kereta api Maira Arisa. Tapi kenapa diberi nama Arisa?" tanya Iezat. "Arisa diabadikan untuk orang yang mencipta kereta api ini" jawab Profesor Aiman Hafiz. "Orang yang menciptakan kereta api ini bernama Arisa?" Profesor Iezat menjawab pertanyaan Ikhwan. "Bukan, Arisa itu untuk sifat orang pencipta kereta api ini. Maksudnya orang yang mencipta kereta api ini mempunyai keperibadian yang mulia dan tingkahlaku yang cemerlang, nak tahu siapa orangnya?" "Siapa orangnya Profesor Iezat" tanya Ikhwan. ...

Saintis Malaysia 8

Sambungan.. Siti menaiki anak tangga dan masuk kedalam bilik bacaan di tingkat 2 rumah itu, sebaik sahaja dia melangkah masuk. Dia melihat susuk badan yang sangat dia kenali, dia melangkah masuk dengan berhati hati. Dia mengunci pintu bilik berkenaan, perbuatannya disedari oleh Profesor Iezat. "Apa yang Siti cuba lakukan ni?" Profesor Iezat dalam keadaan gelisah kalau kalau Siti tahu apa yang dia tidak perlu tahu. "Ada sesuatu yang perlu saya bagi tahu dan perkara ini tidak boleh diketahui oleh Profesor Aiman Hafiz" "Perkara apa yang rahsia sangat?" riak wajah Profesor Iezat mula berubah. "Mereka berdua dah sampai" "Siapa?" Profesor Iezat masih tertanya tanya siapakah 'mereka'? "Afiq dan Hafizah. Mereka dah sampai semalam, hari ini mereka bersiar siar di bandar. Siti risau kalau mereka terserempak dengan Profesor Aiman Hafiz nanti" "Ok lah kalau begitu, tak sabar saya nak lihat wa...

Saintis Malaysia 7

Sambungan "Profesor Aiman Hafiz dan Profesor Iezat telah mencipta kapal angkasa dengan kelajuan diluar fikiran ahli bijak pandai barat iaitu 300,000 kilometer sesaat ataupun sama dengan kelajuan cahaya. Dengan kelajuan ini kapal angkasa ciptaan mereka akan sampai ke bandar Angkasaraya 2 dalam masa 13 jam 20 minit sahaja. Kapal angkasa yang diberi nama Kapal Arami Islam yang bermaksud panji-panji Islam mampu membawa 150 orang penumpang" "Pada 1 Mac 2019, sejarah tercatat apabila sebuah negara muda iaitu Malaysia berjaya menerbangkan 4 kapal Arami Islam pada pukul 9:00 pagi dan diikuti 4 lagi kapal Arami Islam pada pukul 9:00 pagi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Semua sekali jumlah penumpang yang keluar dari bumi ialah 1,200 orang, peristiwa bersejarah ini mengejutkan dunia khususnya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mula berlumba dan membina kapal angkasa dengan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber api. Beberapa minit selepas berlepas, kapal angkasa Amerika Syar...

Saintis Malaysia 6

Sambungan "Sahabatku! Mana kau pergi tadi?" Profesor Iezat gembira Profesor Aiman Hafiz sampai tepat pada masanya. "Aku pergi beli telefon untuk mereka bertiga, semasa perjalanan ke sini aku ternampak mesin layan diri. Mula mula niat aku nak belikan air, tapi rupanya tu mesin layan diri telefon pintar. Nah seorang ambil satu" Profesor Aiman Hafiz menghulurkan tiga telefon pintar kepada mereka bertiga. "Berapa harga telefon ni?" tanya Ikhwan "Semua sekali 12 dinar, maksudnya satu telefon, 4 dinar" "Sejak bila Malaysia menggunakan mata wang dinar?" tanya Iezat "Sejak awal tahun 2017" jawab Profesor Iezat. "Oh, saya lupa nak bagi tahu. Tekan butang pada alat IEM untuk mengaktifkannya" kata Profesor Iezat. Dengan serentak mereka menekan butang pada alat IEM yang masing masing di telinga kanan. "Selamat datang ke bandar Angkasaraya 2, ini merupakan bandar angkasa yang ke dua di bina oleh kerajaan Mala...

Saintis Malaysia 5

Sambungan "Siti tu siapa" tanya Ikhwan "Dia tu pembantu Profesor Aiman Hafiz, dia robot sebenarnya. Dia dicipta oleh Profesor Aiman dan Profesor Steve. Steve pakar dalam bidang perisian komputer" Ikhwan dan Aiman Hafiz terkejut. Celerysteve? Mereka berdua langsung tak percaya. "Nanti dulu, kalau Siti tu robot macam mana dia seolah olah mempunyai emosi?" tanya Ikhwan Mereka berhenti di hadapan pintu lif, kali ini Profesor Aiman pula yang menjawab " Sewaktu Profesor Steve dan aku sedang menyiapkan Siti, aku tak perasan langsung air dah membanjiri ruang makmal kat rumah. Waktu tu hujan lebat, air masuk dalam makmal dan merosakkan semua perisian. Selepas beberapa minggu, kami baiki balik Siti." pintu lif di hadapan mereka terbuka, beberapa orang keluar dari lif itu dan memberi salam kepada Profesor Iezat dan Profesor Aiman Hafiz. Mereka berlima melangkah masuk dalam lif "Setelah siap, tahu tahu jer dia dah ada emosi. Mungkin disebabk...

Saintis Malaysia 4

Sambungan 19 Februari 2021 Makmal sekarang kembali tenang selepas semuanya selesai yang tinggal di makmal sekarang hanyalah Profesor Aiman Hafiz manakala Profesor Iezat, Iezat, Ikhwan dan Aiman Hafiz sedang lena dibuai mimpi di bilik rehat. Profesor Aiman Hafiz tidak tidur semalaman, sibuk memperbaiki jalan perkiraannya untuk merentas masa. Dia berharap perkiraannya kali ini membolehkan seseorang merentas masa tanpa memberi kesan sampingan, jam di dinding makmal menunjukkan sudah 5:57 pagi. Profesor Aiman menuju ke bilik surau yang telah sedia ada di makmal ini. Masuk sahaja Profesor Aiman ke surau terlihat sesusuk tubuh yang tertidur di ruang surau itu, tersenyum sendiri melihat sahabatnya terlena itu. Profesor Aiman mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, solat. Selesai sahaja solat dia mengejutkan Profesor Iezat. "Iezat bangun, kamu dah solat?" "Dah" jawap Iezat sambil menggosokkan matanya. "Pergi basuh muka, ak...

Saintis Malaysia 3

Sambungan 18 Februari 2021 Mesin masa yang dibawa Profesor Aiman Hafiz muncul kembali setelah sehari menghilang tetapi kali ini mesin masa membawa 3 remaja dan salah seorangnya cedera. Profesor Aiman Hafiz mendukung remaja tersebut ke katil yang digunakan untuk tidur tapi sekarang katil tersebut terpaksa menyerap darah yang keluar dari luka remaja itu. Sebaik sahaja Profesor Iezat melihat remaja itu, dia terus berlari untuk mendapatkan alat rawatan yang sedia ada di dalam makmal. " Iezat, kau pergi panggilkan Siti dan cakap dengan dia 'kod49' "  Profesor Iezat berlari ke ruang makan di tingkat atas, sampai sahaja dia di ruang makan tersebut kelihatan Siti sedang membungkus makanan. Terkejut Siti dibuatnya apabila tanganya ditarik oleh Profesor Iezat. "Kod49, kod49" itu sahaja yang keluar dari mulut Profesor Iezat. Siti dan Profesor Aiman Hafiz selalu menggunakan kod untuk melakukan sesuatu yang hanya mereka sahaja yang tahu. Siti imbas k...

Saintis Malaysia 2

Sambungan.. 22 Oktober 2016 Suasana pagi yang sejuk disebabkan malam semalam hujan turun dengan lebatnya. Walaupun dengan suasana yang begitu, 2 pemuda ini menggagahkan diri untuk bangun di awal pagi dan bertolak ke rumah kawanya untuk menghilangkan stres selepas peperiksaan PT3. Rumah rakan mereka bagaikan berada di dalam hutan kerana dikelilingi pokok yang menjulang tinggi dan semak samun yang menghijau. "Assalamualaikum, Aiman oh Aiman!" Iezat memberi salam di hadapan sebuah rumah banglo di hadapanya manakala Ikhwan berada di belakang Iezat. " Kau ni biar betul, tak mungkinlah dia tinggal di sini. Kau pasti dia bagi alamat yang betul?" Ikhwan kurang yakin akan kawanya ini, setahunya kawan yang ini berjumpa ini tinggal di kuartes KTM Pintu rumah banglo di hadapan mereka di buka oleh orang yang sangat mereka kenali "Waalaikumussalam, masuklah" jawap pemuda itu dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Ikhwan dan Iezat menanggalkan kasut dan melan...

Saintis Malaysia

17 Februari 2021 Seorang profesor bernama Iezat yang berambut ala ala korea, berbadan kurus cuba menghalang sahabatnya Profesor Aiman Hafiz yang berambut serabai dan berbadan lebih kurus daripada Profesor Iezat daripada merentas masa. "Apa yang kau cuba lakukan, tolong hentikan. Kalau tidak eksperimen kita yang kita jalankan bertahun tahun ini akan menjadi sia-sia!" kata Profesor Iezat yang berusaha untuk menghalang perbuatan sahabatnya dan juga ketua untuk eksperimen sulit ini. "Apa yang kau tahu, aku dah buat jalan perkiraan. Aku perlu lakukannya. Kalau aku tidak lakukan kita akan ubah masa depan!" kata Profesor Aiman Hafiz sambil menekan butang butang yang ada pada mesin masanya dan menetapkan tarikh dan masa yang tepat. "Apa maksud kau?, Kau cuba membunuh diri kau di masa lalu untuk kekalkan perjalanan masa depan? Kalau kau bunuh dia, kau tak akan wujud sekarang ni!" Kata Profesor Iezat dengan tegas tetapi tidak dihiraukan oleh Profesor Aiman H...