Catatan

Saintis Malaysia 19

Sambungan Aiman Hafiz sandarkan badannya pada dinding pesawat, kepala berasa sakit dan badannya berasa lemah akibat penerbangan kelajuan super sonic tadi. Profesor Aiman Hafiz memberikan suntikan kepada Aiman Hafiz, suntikan tersebut bertindak memulihkan tenaga Aiman Hafiz yang hilang tadi. Aiman Hafiz tidak memberi sebarang tindak balas semasa jarum suntikan menembusi kulitnya. Beberapa minit kemudian, Aiman Hafiz sudah mula boleh bergerak dan kemudian berdiri. Walaupun begitu Aiman Hafiz tumbang selepas 15 saat berdiri, sempat disambut oleh Profesor Aiman Hafiz. “Duduk dulu, ubat tadi tidak bertindak sepenuhnya lagi” Profesor Aiman Hafiz risau akan dirinya itu. “Macam mana kau boleh buat pecutan super sonic?” katanya lagi. “Inikan teknologi yang ‘kita’ cipta, mestilah aku tahu” perkataan ‘kita’ ditujukan kepada Profesor Aiman Hafiz. Profesor Aiman Hafiz tersenyum mendengar jawapan itu. Profesor Aiman Hafiz turut duduk disebelah Aiman Hafiz masing masing diam ...

Saintis Malaysia 18

Sambungan Kisah Profesor Aiman Hafiz dan Aiman Hafiz Aiman Hafiz memandu seorang diri ke arah tenggara. Pesawat yang dibawanya mendarat di padang rumput, Tempat duduk pemamdu yang selesa ditinggalkan dan menuju ke belakang, di dinding pesawat tersebut terpapar peta Planet Ar Rahman. Bagaikan telah mahir dengan teknologi yang ada dihadapannya, Aiman Hafiz meletakkan kedua dua tapak tangannya pada paparan peta tersebut dan cuba mengubah paparan peta yang berbentuk segi empat tepat kepada bentuk sfera dan berjaya peta tersebut menjadi bentuk sfera. Aiman Hafiz tersenyum " Aku dah boleh agak, inilah teknologi yang selalu aku inginkan" Tetapi peta tersebut terlalu kecil, Aiman Hafiz cuba besarkan peta tersebut dan sekarang peta itu berbentuk segi empat tepat tetapi dipaparkan seperti berada di atas meja. Dalam peta tersebut dipaparkan pemandangan gunung-ganang dan padang rumput, Aiman Hafiz cuba mencari tempat yang menarik. Akhirnya dia terjumpa tempat yang menari...

Saintis Malaysia 17

Sambungan Mereka berdua berlumba menuju ke Taman Tema Kota Botani dengan taruhan, siapa lambat dia belanja makan. Kelajuan pesawat yang mereka pandu mampu mencapai kelajuan 735km/j  di ruang udara Planet Ar Rahman dan 1025km/j di ruang angkasa. Perjalanan mereka dari Pusat Perubatan Ar Rahman ke Taman Tema Kota Botani akan mengambil masa 2 hari jika menggunakan kenderaan yang masih digunakan oleh negara barat. Waktu ini negara Islam, khususnya negara Malaysia lebih maju dan lebih kaya dari segi teknologi, pengangkutan, pembangunan dan sosial masyarakat. Profesor Iezat dan Hafizah memandu pesawat merentasi laut 'aemaq yang bermaksud laut terdalam ini kerana lautannya dua kali ganda lebih dalam daripada lautan Pasifik di Planet Bumi dan laut terdalam di Planet Ar-Rahman. Selepas mereka merentasi lautan tersebut, mereka merentasi padang rumput yang luas terbentang. Pemandangannya sungguh indah, sejuk mata memandang. Hampir 20 minit mereka pandu dan akhirnya sa...

Saintis Malaysia 16

Sambungan Hafizah sedaya upaya mencipta ubat untuk penyakit abang susuannya, Profesor Aiman. Sedang sibuk Hafizah di Makmal Jantung, Profesor Iezat pula berada di makmal bahagian otak. Di sini pula tempat dimana tempat untuk mencipta ubat atau rawatan untuk penyakit-penyakit seperti tomur otak, dimentia, traumatic brain injury, psychiatric disorders, partial brain degenerative disorder dan lain-lain. ”Komputer, tolong berikan saya ubat yang saya pesan sebelum ini” arahan Profesor Iezat kepada komputer yang mengawal makmal tersebut. “Baiklah, ubat tersebut berada di lokar bernombor 83/2-B di kauter di tingkat 7 bangunan ini dan kad untuk lokar 83/2-B berada di atas meja” kad yang di maksudkan berada di hadapanya, sedang Profesor Iezat mengambil kad tersebut. Tangannya digari, Profesor Iezat cuba melepaskan diri tetapi tidak berhasil. Sebuah kerusi di belakangnya bergerak ke hadapan menyebabkan dia terduduk. “Komputer, apa semua ni?” tanya Profesor Iezat, cemas apa yang berlaku t...

Saintis Malaysia 15

Kisah Profesor Iezat dan Hafizah “Profesor Iezat, tolong Hafizah boleh tak?” tanya Hafizah melalui paparan hologram. “Saya akan buat apa sahaja demi awak. Awak mahu apa wahai tuan puteri?” Profesor Iezat mahu menarik perhatian Hafizah dengan ayat jiwangnya. “Sudah hentikan sahaja niat Profesor Iezat tu, tolong temankan saya ke Pusat Perubatan Ar Rahman, boleh?” pinta Hafizah. “Pusat Perubatan Ar Rahman? Rasanya boleh tapi ada bayarannya” Pusat Perubatan Ar Rahman merupakan pusat penyelidikan bagi mencipta ubat untuk penyakit bahaya seperti kanser, AIDS, tumor dan yang paling berbahaya adalah arrhythmia atau masalah rentak degupan jantung tidak sekata. “Apa bayarannya?” tanya Hafizah. Pesawat yang mereka pandu sedang mengharungi sebuah lautan yang luas terbentang pada ketinggian yang rendah. “Bila dah selesai nanti baru saya minta” Senyuman Profesor Iezat  menakutkan Hafizah melalui paparan hologram, dia boleh sahaja pergi ke Pusat Perubatan Ar Rahman sendir...

Saintis Malaysia 14

Sambungan “Kalau kamu nak tahu, ini semua idea Profesor Aiman Hafiz. Dia pergi mengadap Yang Di-pertua Agong untuk mencadangkan setiap rakyat wajib menjalankan peperiksaan adab dan moral. Peperiksaan adab atau moral ini diwajibkan kepada semua orang tidak kira muda atau tua, Islam atau bukan Islam. Peperiksaan ini dijalankan sekali setahun, mereka yang cemerlang akan mendapat tiket percuma ke Bandar Angkasaraya 2.” Kata Afiq “Kiranya mereka yang berada di Bandar Angkasaraya 2 dan Planet Ar Rahman ini mereka yang cemerlang sahaja?” masih banyak soalan yang bermain di fikiran Iezat kerana masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. “Tidak semuanya, ada diantara mereka datang ke Bandar Angkasaraya 2 untuk menjalankan kajian kajian astronomi dan sebagainya. Ada juga diantara mereka ke sini atas arahan kerajaan” Iezat memandang Afiq seolah olah tidak percaya. “Apa maksud abang Afiq atas arahan kerajaan?” “Oh, tentang perkara tu. Kerajaan mahu menggurangkan kepadatan ...

Saintis Malaysia 13

Sambungan Kisah Afiq dan Iezat. “Abang Afiq mahu ke mana?” paparan hologram di paparkan di tingkap hadapan. “Abang mahu pergi ke Kota Botani, jomlah ikut abang. Di sana terdapat pelbagai benda baharu yang belum pernah kamu lihat” kata Afiq “Ok, saya ikut belakang” paparan hologram di tingkap hadapan hilang.. Iezat dan Afiq terus menuju ke arah barat, di sana terdapat sebuah kota yang dibina untuk penyelidikan tumbuhan. Di situ ditanam pelbagai speseis tumbuhan termasuklah buah buahan dan bunga. Mereka berdua memandu pesawat mereka dengan laju, mereka melintasi hutan hutan dan lautan yang luas. Kehidupan flora dan fauna di sini tidak di usik langsung. Selepas  10 minit memandu, mereka mendaratkan pesawat pada tempat yang di khaskan yang terletak di luar kota. Sebaik sahaja pesawat mereka selamat mendarat, Iezat menggigil kesejukan sebaik sahaja pintu pesawat di buka, suhu di tempat ini sejuk mungkin disebabkah tumbuhan yang tumbuh di kota ini. Mereka berdua ...