Saintis Malaysia 19
Sambungan
Aiman Hafiz sandarkan badannya pada dinding pesawat, kepala
berasa sakit dan badannya berasa lemah akibat penerbangan kelajuan super sonic
tadi. Profesor Aiman Hafiz memberikan suntikan kepada Aiman Hafiz, suntikan
tersebut bertindak memulihkan tenaga Aiman Hafiz yang hilang tadi. Aiman Hafiz
tidak memberi sebarang tindak balas semasa jarum suntikan menembusi kulitnya.
Beberapa minit kemudian, Aiman Hafiz sudah mula boleh
bergerak dan kemudian berdiri. Walaupun begitu Aiman Hafiz tumbang selepas 15
saat berdiri, sempat disambut oleh Profesor Aiman Hafiz.
“Duduk dulu, ubat tadi tidak bertindak sepenuhnya lagi”
Profesor Aiman Hafiz risau akan dirinya itu.
“Macam mana kau boleh buat pecutan super sonic?” katanya
lagi.
“Inikan teknologi yang ‘kita’ cipta, mestilah aku tahu”
perkataan ‘kita’ ditujukan kepada Profesor Aiman Hafiz. Profesor Aiman Hafiz
tersenyum mendengar jawapan itu.
Profesor Aiman Hafiz turut duduk disebelah Aiman Hafiz
masing masing diam membisu, tiada seorang pun mahu mulakan perbualan. Hampir 20
minit mereka membisu akhirnya Profesor Aiman Hafiz mengalah, Profesor Aiman
Hafiz mula membuka kata.
“Macam mana keadaan selepas PT3?”
“Teruk” jawapnya dengan ringkas.
“Tipu” Aiman Hafiz tidak terkejut kerana dia tahu, itulah
yang akan keluar dari mulut Profesor Aiman Hafiz
“Kau masih mahu seksa badan kau lagi selepas tengok masa
depan ni?”
“Tidak”
“Tipu” perkataan itu keluar lagi menandakan jawapan yang di
beri adalah salah.
“Bagaiman sekarang, seronok hidup seorangan?”
“Tidak”
“Janganlah tipu diri sendiri lagi, kau sengaja bagi aku
jawapan yang salah, bukan?”
“Ya sebab kau dah tahu jawapannya kan? Kau sengaja mahu buat
aku tersenyum, bukan?”
“Betul, cubalah senyum. Masa depan lebih mencabar dari masa
silam, lagi lagi tahun 2019”
“Salah” Profesor Aiman Hafiz terkejut apabila dirinya
berkata sedemikian.
“Perkara paling mencabar sebaik sahaja kami dihantar pulang
dari masa depan dan ubah Negara Malaysia kepada Negara yang maju pada masa
silam” Aiman Hafiz mengeluh panjang dan sambung kembali kata kata yang tersemat
di hatinya sejak semalam. Profesor Aiman Hafiz hanya mendengar.
“2017 hingga 2021 adalah tempoh masa yang cukup lama,
daripada seorang budak yang dipandang rendah kepada seorang bijak pandai dan
seterusnya kepada seorang saintis biasa, kemudian digelar saintis di raja dan
akhir sekali kepada seorang Perdana Menteri.”
“Macam mana kau tahu?” Profesor Aiman Hafiz terkejut bila
dirinya tahu akan perjalanan masanya.
“Ini” Telefon pintar di keluarkan dari poket seluarnya dan
telefon pintar tersebut memancarkan pancaran hologram. Pancaran tersebut
memancarkan video dokumentari tentang kehidupan dirinya dari kecil sehingga
sekarang. Dokumentari itu di cipta untuk mengenal kembali setelah 5 tahun
Profesor Aiman Hafiz digelar Profesor.
Jam tangan pada tangan kiri Profesor Aiman Hafiz berbunyi, “Dah,
ubat tersebut sepatutnya sudah berkesan”
“Kau nak ke Perpustakaan Planet Ar Rahman,bukan? Apa tunggu
lagi, jomlah!”
Bersambung
Ulasan