Hidup Kembali
بِسْمِٱللَّهِٱلرَّحِيمِٱلرَّحْمَٰنِ
السَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُهُ
Dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca sekalian
Yang pertama sekali, saya
bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur walaupun saya hampir
hampir diambang maut sepanjang 2 tahun menulis blog ini. Walaupun begitu, saya
mahu hidupkan kembali blog ini setelah setahun mendiamkan diri kerana fokus
dalam pelajaran. Saya mahu menulis balik hanya untuk menghilangkan tekanan yang
saya hadapi lagi lagi apabila tinggal 37 hari lagi (tarikh penulisan 6/10/18)
sebelum peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia kertas bertulis Bahasa Melayu dan
lagi 59 hari sebelum peperiksaan kertas bertulis Kimia iaitu kertas terakhir
yang akan saya duduki nanti.
Saya minta tolong agar doakan
saya mudah menjawab peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia nanti dan mudah mudah
dengan izin dengan berkat hidayah daripada Allah S.W.T supaya mendapat
keputusan yang cemerlang. Jikalau keputusan saya memberangsangkan saya mahu
teruskan menyambung untuk belajar di Universiti Teknologi MARA atau Universiti
Malaya dalam bidang Sains.
Kita kembali kepada asal
penulisan, saya tidak tahu ini berita baik atau berita buruk untuk pembaca yang
saya kasihi iaitu:-
- Cerita Saintis Malaysia akan diperbaharui daripada mula dengan jalan cerita yang lain akan tetapi watak serta faktanya tidak mengalami perubahan yang drastik. Ini bertujuan untuk memudahkan serta menaiktaraf penceritaan yang saya anggap agak kurang selesa untuk di baca apatah lagi jika mahu di cetak di kemudian hari. Kemungkinan besar tajuknya juga akan di ubah, jika anda ada cadangan berkenaan nama tajuk lain untuk ‘Saintis Malaysia’ boleh tinggalkan komen anda
- Selain cerita Saintis Malaysia, saya juga akan terbitkan lagi satu atau dua cerita baharu selepas tamatnya peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia yang akan berkisahkan tentang bencana. Kedua-dua cerita tersebut akan ada watak baru dan tiada hubung kait dengan cerita cerita yang lain. Jika ada watak yang sama dalam antara cerita tersebut itu hanyalah kebetulan semata-mata. Jika anda mahukan saya ceritakan cerita anda anda boleh tinggalkan komen.
Selain daripada maklumat-maklumat
di atas, saya mahu luahkan sedikit tekanan yang saya hadapi pada post ini. Saya
begitu kecewa dengan kehidupan yang saya hadapi, saya bukannya tidak bersyukur
dengan hidup saya tetapi saya kecewa dengan orang sekeliling saya. Dari kecil
saya diajar untuk sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengira bangsa atau agama dan
saya diajar bahawa Islam adalah agama yang sempurna, agama yang paling sempurna
dan diredhai di sisi Allah akan tetapi kenapa penganutnya sebegitu rupa? Sehinggalah
saya berjumpa dengan orang yang saya anggap baik tetapi sayangnya dia berlainan
agama.
Pada waktu ini terdetik di hati
saya, kenapa agama yang begitu sempurna dan diredhai Allah tetapi penganutnya
sebegini rupa dan kenapa dia mempunyai akhlah yang agak baik dan hampir-hampir
sempurna seperti apa yang saya belajar di sekolah agama dulu tetapi ada pada
dia walaupun di bukan beragama Islam? Pegangan saya mula jadi lemah, mahu kekal
atau sebaliknya. Walaupun begitu saya masih berpegang teguh tetapi tali yang
saya pegang dengan erat ini ‘sedang’ dipotong sendiri oleh penganutnya. Jika tali
agama yang saya paut mula putus, mereka salahkan saya kerana terlalu ‘taksub’
dan sebagainya padahal salah mereka tetapi tidak mengaku.
Jika mahu sebut tentang adab
serta akhlak memang semua orang tidak sempurna tetapi bagi yang beragama Islam
kita dituntut untuk sentiasa memperbaiki akhlak sendiri dan menegur orang lain
dengan konsep ammar makruf nahi mungkar. Walaupun belajar adab dan akhlak,
tetapi tidak diamalkan ia boleh dianggap berdosa. Ilmu yang dituntut tetapi
tidak diamalkan akan menjadi sia-sia dan dimurkai Allah. Tetapi saya tiada
kudrat untuk sentiasa berbuat baik dengan semua orang, buat masa sekarang saya
hanya mampu untuk beberapa orang sahaja, bukan kerana saya memilih kawan tetapi
saya juga diajar untuk menjauhkan diri dengan orang yang kurang akhlaknya untuk
menjaga akhlah sendiri.
Bak kata pepatah ”jika berkawan dengan tukang besi, bau asap akan terlekat pada kita. Jika berkawan dengan tuan kedai minyak wangi, bau minyak wangi akan melekat pada kita”
Ini sahaja yang saya dapat
sampaikan pada waktu ini, jikalau dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi di
lain masa dan walaupun kita merancang Allah lah sebaik baik perancang. Oh!
Sebelum saya terlupa. Kebanyakkan post-post saya di blog ini akan di muat turun
(saya tak tahu istilah yang betul) pada waktu malam sahaja kerana pada siang
hari saya agak sibuk, terpulang kadang-kala dari pukul 08:00 PM sehingga lewat
malam, 03:00AM-5:00AM. Itu sahaja yang saya lupa bagi tahu di atas. Ok la.
TERIMA KASIH kerana memcaba
“Pembangunan Sastera Untuk
Pembangunan Negara”
Ulasan