Saintis Malaysia 14
Sambungan
“Kalau kamu nak tahu, ini semua idea Profesor Aiman Hafiz. Dia pergi mengadap Yang Di-pertua Agong untuk mencadangkan setiap rakyat wajib menjalankan peperiksaan adab dan moral. Peperiksaan adab atau moral ini diwajibkan kepada semua orang tidak kira muda atau tua, Islam atau bukan Islam. Peperiksaan ini dijalankan sekali setahun, mereka yang cemerlang akan mendapat tiket percuma ke Bandar Angkasaraya 2.” Kata Afiq
“Kalau kamu nak tahu, ini semua idea Profesor Aiman Hafiz. Dia pergi mengadap Yang Di-pertua Agong untuk mencadangkan setiap rakyat wajib menjalankan peperiksaan adab dan moral. Peperiksaan adab atau moral ini diwajibkan kepada semua orang tidak kira muda atau tua, Islam atau bukan Islam. Peperiksaan ini dijalankan sekali setahun, mereka yang cemerlang akan mendapat tiket percuma ke Bandar Angkasaraya 2.” Kata Afiq
“Kiranya mereka yang berada di Bandar Angkasaraya 2 dan Planet
Ar Rahman ini mereka yang cemerlang sahaja?” masih banyak soalan yang bermain
di fikiran Iezat kerana masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Tidak semuanya, ada diantara mereka datang ke Bandar
Angkasaraya 2 untuk menjalankan kajian kajian astronomi dan sebagainya. Ada
juga diantara mereka ke sini atas arahan kerajaan” Iezat memandang Afiq seolah
olah tidak percaya.
“Apa maksud abang Afiq atas arahan kerajaan?”
“Oh, tentang perkara tu. Kerajaan mahu menggurangkan kepadatan
penduduk di Malaysia, sebab itulah beberapa buah keluarga akan dihantar ke Bandar Angkasaraya 2 setiap bulan” Terangnya
lagi. Belum sempat Iezat ingin tanya lagi soalan, azan Zohor berkumandang dari
sebuah masjid yang berdekatan dengan taman. Semua orang menuju ke masjid tidak
kira muda atau tua, masjid penuh seperti mahu menunaikan solat Jumaat. Inilah
perkara yang paling ditakuti musuh musuh Allah.
Selepas solat, Afiq dan Iezat menuju ke taman tema yang
berada di utara bandar ini, mereka bergembira di taman tema ini. Pelbagai permainan
yang ada di taman tema ini yang paling menarik bagi Iezat adalah rumah hantu, Afiq
dan Iezat masuk ke dalam rumah hantu tersebut, paparan hologram orang yang
mengerikan di dalam rumah hantu tersebut seolah olah hidup .
Tiba tiba ada sesusuk tubuh menindih tubuh Iezat, sunggah
berat kerana bukan sesusuk tubuh tapi 2 susuk tubuh menindihnya. Mereka berdua
pun berdiri dan membantu Iezat untuk bangun dengan keadaan yang gelap
menyebabkan Iezat tidak dapat melihat mukanya dengan jelas, nasib baik dia tidak
cedera. Mereka teruskan perjalanan untuk mencari jalan keluar, Iezat bersama dua
orang rakan barunya berjaya keluar dari rumah hantu tersebut.
Akhirnya, Iezat berpeluang untuk melihat ‘kawan baru’nya
itu. Alangkah terkejutnya dia, orang yang melanggarnya tadi adalah Profesor
Iezat dengan Hafizah. Tapi yang paling mengejutkan adalah Hafizah memeluk
tangan Profesor Iezat sambil menutup mata.
“Iezat kita dah keluar ke belum?” tanya Hafizah dalam
keadaan ketakutan
“Dah kita dah keluar” Iezat yang menjawab soalan Hafiza.
Apabila Hafizah buka matanya terlihat dua orang Iezat. Afiq pula keluar dari
rumah hantu dalam keadaan air mata mengalir di pipi dan terus memeluk Iezat.
“Sampai hati kau tinggalkan abang sorang sorang kat dalam” Inilah
kelemahan Afiq, takut akan perkara perkara mistik atau bahasa mudahnya takut
hantu. Afiq mula berhenti menangis apabila terlihat kelibat Profesor Iezat dan
kakaknya.
“Akak keluar temu janji dengan Profesor Iezat ke?” Afiq
kehairanan apabila melihat kakaknya memeluk lengan Iezat, Hafizah terus
melepaskan pelukannya. Mukanya mula memerah menahan malu.
“Afiq akan bagi tahu Profesor Aiman tentang perkara ni atau nak
Afiq diam” ugut Afiq, Hafizah tahu apa yang Afiq mahukan daripadanya.
“Oklah, oklah. Kakak belikan nanti” jawab Hafizah. Afiq
terus memeluk kakaknya, apabila kakaknya setuju untuk membelikanya novel novel
terkini.
“Terima kasih kakak, sayang kakak”
Bersambung....
Ulasan