Saintis Malaysia 15
Kisah Profesor Iezat dan Hafizah
“Profesor Iezat, tolong Hafizah boleh tak?” tanya Hafizah
melalui paparan hologram.
“Saya akan buat apa sahaja demi awak. Awak mahu apa wahai
tuan puteri?” Profesor Iezat mahu menarik perhatian Hafizah dengan ayat jiwangnya.
“Sudah hentikan sahaja niat Profesor Iezat tu, tolong
temankan saya ke Pusat Perubatan Ar Rahman, boleh?” pinta Hafizah.
“Pusat Perubatan Ar Rahman? Rasanya boleh tapi ada
bayarannya” Pusat Perubatan Ar Rahman merupakan pusat penyelidikan bagi mencipta
ubat untuk penyakit bahaya seperti kanser, AIDS, tumor dan yang paling
berbahaya adalah arrhythmia atau masalah rentak degupan jantung tidak sekata.
“Apa bayarannya?” tanya Hafizah. Pesawat yang mereka pandu
sedang mengharungi sebuah lautan yang luas terbentang pada ketinggian yang
rendah.
“Bila dah selesai nanti baru saya minta” Senyuman Profesor
Iezat menakutkan Hafizah melalui paparan
hologram, dia boleh sahaja pergi ke Pusat Perubatan Ar Rahman sendirian tetapi
Dia perlukan Profesor Iezat untuk masuk kerana Pusat Perubatan Ar Rahman
merupakan tempat yang dikawal dan bukan semua orang boleh masuk.
***
20 minit kemudian...
20 minit kemudian...
Profesor Iezat dan Hafizah sudah berada di hadapan pintu
masuk Pusat Perubatan Ar Rahman. Profesor Iezat mengeluarkan kad pengenalan
diri dan meletakkannya pada alat mengimbas. Selepas itu, Profesor Iezat
meletakkan tapak tangannya pada alat pengimbas.
“Selamat Datang Profesor Iezat” suara dari alat pengimbas. Pintu
di hadapan mereka terbuka, Profesor Iezat masuk dahulu di ikuti Hafizah di
belakangnya. Seluruh bangunan kosong, tiada sesiapa didalamnya.
“Profesor Iezat, di mana bahagian jantung” tanya Hafizah, dia tidak menyatakan hasrat sebenarnya dia ke sini.
“Tingkat 6, kalau Hafizah tak kisah saya nak ke makmal saya
sekejap” Hafizah hanya angguk kepala menandakan dia seteju. Mereka berdua
menuju ke lif yang berdekatan, sepanjang perjalanan mereke tidak bercakap.
Mereka masuk ke dalam lif, Profesor Iezat menekan butang bernombor 3 dan 6.
Selepas beberapa saat lif itu terbuka kembali dan di atas pintu lif
terpapar ‘Tingkat 3’, Profesor Iezat
melangkah keluar dari lif dan pusing
memandang Hafizah sebelum pintu lif tertutup kembali.
“Kita disini sehinggga zohor sahaja, ingat tu. Jumpa lagi
Awak” kata Profesor Iezat senyum sambil melambai tangan sebelum pintu lif
tertutup, Hafizah hanya tersenyum di dalam lif.
“Cis” itu sahaja yang keluar dari mulut Hafizah sepanjang dia
berada dalam lif. Pintu lif terbuka Hafizah melangkah keluar dan terus menuju
ke bahagian jantung, Hafizah mengeluarkan sejenis kad memori dan dimasukkan ke
dalam telefon pintarnya. Hafizah berjalan masuk ke dalam makmal dan meletakkan
telefon pintarnya di atas sebuah meja bulat yang berada di hadapannya sekarang.
Pelbagai pancaran hologram di paparkan, maklumat yang
dipaparkan berasal dari telefon pintarnya. Semua maklumat yang dipaparkan
adalah tentang masalah jantung dan rawatannya, Hafizah mengalihkan paparan yang
tidak berkenaan. Akhirnya selepas beberapa pancaran hologram di buang, Hafizah
jumpa paparan yang dia mahukan.
Penyakit: Arrhythmia (masalah rentak degupan jantung tidak sekata)
Punca: kadar garam galian atau elektrolit
dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung,
kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan, tekanan darah
tinggi, kencing manis, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan
dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein
Risiko: Maut
Rawatan: radiofrequency ablation (RFA)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Aiman, Hafizah akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan kamu. Bertahanlah”
kata Hafizah
Bersambung..
Ulasan