Saintis Malaysia 17
Sambungan
Mereka berdua berlumba menuju ke Taman Tema Kota Botani
dengan taruhan, siapa lambat dia belanja makan. Kelajuan pesawat yang mereka
pandu mampu mencapai kelajuan 735km/j di ruang udara Planet
Ar Rahman dan 1025km/j di ruang angkasa. Perjalanan mereka dari Pusat
Perubatan Ar Rahman ke Taman Tema Kota Botani akan mengambil masa 2 hari jika
menggunakan kenderaan yang masih digunakan oleh negara barat. Waktu ini negara
Islam, khususnya negara Malaysia lebih maju dan lebih kaya dari segi teknologi,
pengangkutan, pembangunan dan sosial masyarakat.
Profesor Iezat dan Hafizah memandu pesawat merentasi
laut 'aemaq yang bermaksud laut terdalam ini kerana lautannya dua
kali ganda lebih dalam daripada lautan Pasifik di Planet Bumi dan laut terdalam
di Planet Ar-Rahman. Selepas mereka merentasi lautan tersebut, mereka merentasi
padang rumput yang luas terbentang. Pemandangannya sungguh indah, sejuk mata
memandang. Hampir 20 minit mereka pandu dan akhirnya sampai juga mereka berdua
di Taman Tema Kota Botani. Orang yang pertama sampai adalah Hafizah.
Profesor Iezat ketinggalan di belakang, Hafizah sudah mula
berangan apa yang mahu dipesan dahulu, Nasi goreng Pattaya atau Chicken
Chop, Nasi Goreng Cili Padi pun sedap juga. Tanpa dia sedar sedikit air liur
mengalir dari mulutnya, cepat cepat Hafizah mengelap mulutnya. Kalau Profesor
Iezat nampak malu dibuatnya, Hafizah meninggalkan tempat duduk pemandu dan
keluar dari pesawat, ternyata Profesor Iezat masih belum keluar dari
pesawatnya. Beberapa saat kemudian, pintu pesawat Profesor Iezat terbuka.
Kelibat Profesor Iezat kelihatan dari dalam pesawat,
Prosefor Iezat mula melangkah keluar dari pesawat. Langkah demi langkah,
akhirnya Profesor Iezat berdiri di hadapan Hafizah.
"Apa tunggu lagi? Jomlah pergi makan" Hafizah
sudah tidak sabar sabar nampaknya.
"Dah lupa ke? Awak kena tunaikan janji awak dulu.
Selepas itu, baru saya tunaikan janji awak pula" Sekarang baru Hafizah
ingat akan janjinya sebelum ini.
“Oklah, Apa yang Profesor Iezat mahukan?" Kecewa
dibuatnya, ingatkan boleh isi perut dulu.
"Teman Iezat pergi taman tema tu jer" sambil
menunjuk ke arah utara Kota Botani. Mereka tidak membuang masa. Sepatutnya
sekarang waktu makan tengah hari, dia ni tak lapar ke katanya dalam hati.
****
Di hadapan Taman Tema Kota Botani
Suasana di pintu masuk taman tema tersebut meriah dengan
kedatangan para remaja bersama kawan kawan dan kanak-kanak bersama keluarga.
Pelbagai permainan boleh di cuba termasuklah roller-coaster
, roda ferris, kuda pusing dan
lain-lain. Hafizah memandang sekeliling, ini kali pertama dia datang ke
taman tema selalunya dia tiada masa kerana terlalu sibuk berkerja.
“Hafizah, jom kita cuba permainan tu” ajak Profesor
Iezat sambil menunjukkan ke arah rumah
hantu.
“Tak naklah” Hafizah tidak mahu masuk dalam rumah hantu
tersebut.
“Jomlah, sayakan ada” Profesor Iezat cuba menyakinkan
Hafizah.
Ulasan