Saintis Malaysia 18
Sambungan
Kisah Profesor Aiman Hafiz dan Aiman Hafiz
Aiman Hafiz memandu seorang diri ke arah tenggara. Pesawat
yang dibawanya mendarat di padang rumput, Tempat duduk pemamdu yang selesa
ditinggalkan dan menuju ke belakang, di dinding pesawat tersebut terpapar peta
Planet Ar Rahman. Bagaikan telah mahir dengan teknologi yang ada dihadapannya,
Aiman Hafiz meletakkan kedua dua tapak tangannya pada paparan peta tersebut dan
cuba mengubah paparan peta yang berbentuk segi empat tepat kepada bentuk sfera
dan berjaya peta tersebut menjadi bentuk sfera.
Aiman Hafiz tersenyum " Aku dah boleh agak, inilah
teknologi yang selalu aku inginkan"
Tetapi peta tersebut terlalu kecil, Aiman Hafiz cuba
besarkan peta tersebut dan sekarang peta itu berbentuk segi empat tepat tetapi
dipaparkan seperti berada di atas meja. Dalam peta tersebut dipaparkan
pemandangan gunung-ganang dan padang rumput, Aiman Hafiz cuba mencari tempat
yang menarik. Akhirnya dia terjumpa tempat yang menarik baginya. Perpustakaan
Planet Ar Rahman
Bangunan besar denagan papan tanda yang tertulis
Perpustakaan Planet Ar Rahman terpapar di dalam peta tersebut. Aiman Hafiz
sentuh bangunan tersebut, terpapar maklumat maklumat tentang bangunan tersebut.
=======================================================================
Nama: Perpustakaan
Planet Ar Rahman
Tarikh
dibuka; 18 Februari 2021
Beroperasi: Setiap
Hari
Koordinat: 23 T 903 S
dari sini
{Abaikan}
{Salin} {Pandu secara automatik}
=======================================================================
Aiman Hafiz menyentuh perkataan 'pandu secara automatik'
pada paparan hologram di bahagian atas bangunan dalam peta tersebut. Selepas
itu, muncul pancaran hologram yang lain.
=======================================================================
Terima Kasih
Sila pilih salah satu
{Kelajuan Biasa -2jam
30 minit dari sekarang-}
{Kelajuan Super Sonic
-15 minit dari sekarang-}
=======================================================================
'Kelajuan Super Sonic' menjadi pilihan Aiman Hafiz.
"Tolong pakai tali pinggang keselamatan yang
disediakan" kata komputer.
Aiman Hafiz berjalan ke tempat duduk pemandu dan memakai
tali pinggang keselamatan.
"Akan berlepas dalam kiraan 5
4
3
2
1
Berlepas"
***
Profesor Aiman Hafiz
“Profesor, Sebuah pesawat terbang dengan kelajuan super
sonic di dalam ruang udara Planet Ar Rahman” kata komputer.
“Apa nombor pendaftaran pesawat tersebut”
“1144AY”
Profesor Aiman terkejut, itu nombor pendaftaran pesawat yang dinaiki oleh Aiman Hafiz. Kelajuan super sonic boleh memberikan impak tekanan yang besar.
“Bawa saya ke pesawat tersebut, kelajuan super sonic”
Profesor Aiman menekan butang berwarna merah di bahagian
kirinya, sebuah alat untuk bernafas keluar di hadapan Profesor Aiman tanpa
membuang masa alat tersebut terus dipakai dan komputer mulakan kiraan. Pesawat
Profesor Aiman Hafiz terbang rendah sebentar tadi, terus naik dalam masa 20 saat. Pesawat
tersebut menyeberangi laut. Laut tersebut bagaikan terbelah dua sebaik sahaja
pesawat tersebut pecut kelajuan super sonic pada kedudukan yang rendah.
***
Di tempat letak pesawat
Terbuka sahaja pintu pesawat, Profesor Aiman Hafiz menuju ke
arah pesawat Aiman Hafiz. Pintu pesawat Aiman Hafiz berjaya dibuka, apabila
Profesor Aiman Hafiz masuk Aiman Hafiz tidak bergerak langsung dari tempat
duduk pemandu. Profesor Aiman Hafiz memusingkan kerusi tersebut, Aiman Hafiz
pengsan di tempat duduk pemandu dan masih ada tali pinggang keselamatan
padanya.
Tali pinggang keselamatan dibuka, Aiman Hafiz dialihkan dari
tempat duduk pemandu ke atas lantai pesawat. Kepala Aiman Hafiz membantalkan
paha Profesor Aiman Hafiz, sedikit air di sapu pada muka Aiman Hafiz. Jaket
yang dipakai Aiman Hafiz dibuka kerana badan Aiman Hafiz panas akibat kelajuan
super sonic tadi.
Profesor Aiman Hafiz
membisikkan ayat ayat suci Al-quran di cuping telinga Aiman Hafiz, beberapa
minit kemudian Aiman Hafiz tersedar.
“A…ap…apa dah berlaku” Aiman
Hafiz cuba bercakap walaupun keadaannya masih lemah.
“Alhamdulliah kau dah sedar,
sekejap”
bersambung
Ulasan