Saintis Malaysia 16
Sambungan
Hafizah sedaya upaya mencipta ubat untuk penyakit abang susuannya, Profesor Aiman. Sedang sibuk Hafizah di Makmal Jantung, Profesor Iezat pula berada di makmal bahagian otak. Di sini pula tempat dimana tempat untuk mencipta ubat atau rawatan untuk penyakit-penyakit seperti tomur otak, dimentia, traumatic brain injury, psychiatric disorders, partial brain degenerative disorder dan lain-lain.
”Komputer, tolong berikan saya ubat yang saya pesan sebelum ini” arahan Profesor Iezat kepada komputer yang mengawal makmal tersebut.
“Baiklah, ubat tersebut berada di lokar bernombor 83/2-B di kauter di tingkat 7 bangunan ini dan kad untuk lokar 83/2-B berada di atas meja” kad yang di maksudkan berada di hadapanya, sedang Profesor Iezat mengambil kad tersebut. Tangannya digari, Profesor Iezat cuba melepaskan diri tetapi tidak berhasil. Sebuah kerusi di belakangnya bergerak ke hadapan menyebabkan dia terduduk.
“Komputer, apa semua ni?” tanya Profesor Iezat, cemas apa yang berlaku terhadapnya sekarang.
“Ini hanyalah prosedur keselamatan yang di tetapkan” muncul sebuah alat terapung dihadapannya dan mengibas matanya. Selepas selesai mengimbas, alat tersebut hilang dari pandangan Profesor Iezat.
“Pengenalan disahkan, Profesor Iezat. Jawab soalan ini dengan jujur Profesor Iezat, apa kegunaan ubat ini?”
“Ubat ini bukan untuk saya tapi untuk kawan saya yang mengidap penyakit ini”
“Kawan, kenapa kawan profesor perlukan ubat ini? Peristiwa apa yang menyebabkan kawan profesor tertekan? Apa pekerjaan kawan profesor?” soalan bertubi tubi dari komputer makmal tersebut sudah seperti soal siasat.
“Dia kesunyian, tertekan, zaman silam dia penuh dengan kegelapan. Dia juga pernah diculik oleh pengganas dan zaman kanak kanak dia selalu di buli. Dia bekerja sebagai Profesor.” Jawab Profesor Iezat dengan panjang lebar.
“Mengikut keputusan tekanan darah dan denyutan jantung Profesor Iezat menunjukkan profesor cuba sembunyikan sesuatu. Jawab! Kalau tidak profesor akan terkena renjatan ” Tegas komputer.
“Baiklah, baiklah. Di... dia juga seorang Perdana Menteri” gari ditangannya dilepaskan.
“Terima kasih atas kerjasama Profesor Iezat” Profesor Iezat mengambil kad tersebut dan keluar dari makmal dan terus menuju ke tingkat 7. Terbuka sahaja pintu lif Profesor Iezat menuju ke kaunter di tingkat tersebut. Sampai sahaja di depan kaunter, Profesor Iezat meletakkan kad pada permukaan meja. Meja tersebut mengimbas kad itu dan sebuah peti bernombor 83/2-B bergerak dan menuju ke kaunter, peti itu terbuka dengan sendirinya apabila sampai di hadapan Profesor Iezat.
Di dalam peti tersebut terdapat sebotol ubat dan sekeping kertas yang tertulis:
=======================================================================

“Kenapa kau sembunyikan penyakit kau? Kau pun tahu penyakit ni perlukan bimbingan, Aku tak akan biarkan kau menderita” kata Profesor Iezat sendirian, tiada sesiapa mendengar kata katanya selain dirinya sendiri.
***
Selepas Zohor.
Profesor Iezat duduk di luar bangunan Pusat Perubatan Ar Rahman sambil menikmati milo panas, dia membeli dua. Satu untuknya dan satu lagi untuk Hafizah, sudah 10 minit Profesor Iezat menunggu. Akhirnya Hafizah keluar dari bangunan dan terus menuju kearahnya.
“Lama ke Profesor Iezat tunggu?”
“Baru jer. Tak perlulah panggil saya Profesor Iezat, panggil jer Iezat. Nah air” jawab Profesor Iezat sambil menghulurkan cawan yang berada di tangan kanan Profesor Iezat, Hafizah ambil cawan tersebut lagipun Hafizah sedang kehausan. Tahu jer apa yang dia inginkan sekarang.
“Jom, kita pergi ke tempat menarik” ajak Profesor Iezat
“Pergi mana?” tanya Hafizah selepas menikmati minuman kegemarannya pemberian Profesor Iezat itu.
“Adalah, sebagai ganjaran Iezat dah temankan Hafizah ke sini”
“Ok. Tapi saya naik pesawat saya, Iezat naik pesawat Iezat” Profesor Iezat hanya mengangguk
Bersambung...

Ubat Anti-Kemurungan
Ambil 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam
Ubat ini larut dalam air
Jaminan keberkesanannya:-
47.92%
Tarikh luput:-
9/12/2037

Ulasan