Saintis Malaysia 13
Sambungan Kisah Afiq dan Iezat. “Abang Afiq mahu ke mana?” paparan hologram di paparkan di tingkap hadapan. “Abang mahu pergi ke Kota Botani, jomlah ikut abang. Di sana terdapat pelbagai benda baharu yang belum pernah kamu lihat” kata Afiq “Ok, saya ikut belakang” paparan hologram di tingkap hadapan hilang.. Iezat dan Afiq terus menuju ke arah barat, di sana terdapat sebuah kota yang dibina untuk penyelidikan tumbuhan. Di situ ditanam pelbagai speseis tumbuhan termasuklah buah buahan dan bunga. Mereka berdua memandu pesawat mereka dengan laju, mereka melintasi hutan hutan dan lautan yang luas. Kehidupan flora dan fauna di sini tidak di usik langsung. Selepas 10 minit memandu, mereka mendaratkan pesawat pada tempat yang di khaskan yang terletak di luar kota. Sebaik sahaja pesawat mereka selamat mendarat, Iezat menggigil kesejukan sebaik sahaja pintu pesawat di buka, suhu di tempat ini sejuk mungkin disebabkah tumbuhan yang tumbuh di kota ini. Mereka berdua ...