Catatan

Hidup Kembali

  بِسْمِ ٱللَّهِ ٱ لرَّحِيمِ ٱلرَّحْمَٰنِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ   وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian Yang pertama sekali, saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur walaupun saya hampir hampir diambang maut sepanjang 2 tahun menulis blog ini. Walaupun begitu, saya mahu hidupkan kembali blog ini setelah setahun mendiamkan diri kerana fokus dalam pelajaran. Saya mahu menulis balik hanya untuk menghilangkan tekanan yang saya hadapi lagi lagi apabila tinggal 37 hari lagi (tarikh penulisan 6/10/18) sebelum peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia kertas bertulis Bahasa Melayu dan lagi 59 hari sebelum peperiksaan kertas bertulis Kimia iaitu kertas terakhir yang akan saya duduki nanti. Saya minta tolong agar doakan saya mudah menjawab peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia nanti dan mudah mudah dengan izin dengan berkat hidayah daripada Allah S.W.T supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Jikalau ...

Saintis Malaysia 26

Sambungan Hatinya bagaikan di geletek, dia cuba menahan untuk ketawa sebaik sahaja mendengar nama organisasi sulit daripada mulut ejen tersebut. ‘Bijak Pandai Malaysia’, seperti tidak masuk akal. Sekarang kerajaan Malaysia sedang mencari kanak kanak bijak pandai melalui Program Permata Pintar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia semenjak 2009 lagi. “Bagaimana? Kamu bersetuju? Tetapi ada syaratnya. Syaratnya tertera di bahagian bawah halaman tersebut. ” Ejen tersebut tidak menghiraukan perubahan pada remaja dihadapannya.Dia tahu, remaja tersebut cuba menahan daripada tergelak apabila mendengar nama organisasi sulit BPM. Aiman Hafiz masih lagi memegang telefon pintar ejen tersebut. Tanpa membuang masa, dia mengskrol ke bawah. Terdapat beberapa syarat untuk menyertai Organisani Bijak Pandai Malaysia. ________________________________________________________________________________ SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI CALON BARU Calon tidak boleh dibenarkan pula...

Saintis Malaysia 25

Sambungan *** 2:10 PM, 27 Oktober 2016 Bilik Tidur, Rumah Tian Shen "Kenapa awak telefon saya sekarang ni? PT3 dah habis lah" " Maaflah mengganggu tapi saya nak minta tolong, boleh? " "Tolong apa?" " Tolong berhubung dengan pihak institut di Jepun boleh tak? "Muka Tian Shen mula berubah, dia agak terkejut dengan apa yang dia dengar. "Kenapa pula? Ada sesuatu yang berlaku ke?" " Aku dah hantar semua maklumat ada kat Whatsapp, bacalah " Panggilan telefon tadi tamat di situ. Aplikasi Whatsapp dibuka, terdapat beberapa mesej daripada akaun yang tidak dikenali. Mungkin mesej tersebut datangnya daripada kawannya tadi. Selepas beberapa minit masa digunakan membaca dan memahami kandungan mesej tersebut, dia membuat panggilan kepada nombor tadi. "Oklah, saya akan tolong" Berita tersebut dapat mengukirkan senyuman pada wajah Ikhwan. *** 10:41 AM, 17 Januari 2017 Kelas 4 Setia, SMK Dato Hamzah. "Ken...

Saintis Malaysia 24

Bersambung.. 09:21 AM ,26 Oktober 2016 (Dua hari selepasa kejadian lohong hitam) Bilik Tidur, Rumah Aiman Hafiz Kelopak mata perlahan lahan di buka, warna putih siling menghiasi pandangan. Bunyi alat bacaan denyutan jantung jelas kedengaran di bahagian sisi, wayar yang bersambung pada dada dan ibu jarinya di cabut. Apabila kesemua wayar sudah ditanggalkan, bunyi tadi yang berbunyi ‘dip..dip..dip..’ bertukar ‘dipppppp...’ bunyi yang panjang tanpa penghujung. Kakinya yang terlunjur diturunkan. Badannya masih dibongkokkan kerana terasa berat. Belum sempat dia bangun dari katilnya yang empuk lagi selesa, pintu bilik tidur dibuka secara kasar. Ikhwan dan Iezat berada di sebilik pintu tersebut dengan muka ketakutan. Selepas melihat Aiman Hafiz sedang dalam keadaan duduk, mereka berdua berasa lega. “Kau ni Aiman, aku fikir kau dah matilah tadi” Iezat terus meluahkan perasaannya. Sepanjang dua hari ini, Iezatlah yang paling risau akan keadaan dirinya yang tidakkan diri. ...

Saintis Malaysia 23

Sambungan *** 5:35 AM ,24 Oktober 2016 Pejabat Pengarah Institut Perguruan Moden Japan “Saya nak minta maaf kerana meminta kamu datang awal-awal pagi sebegini” Kata seorang lelaki yang sudah lanjut umurnya, dia sedang bercakap dengan seorang perempuan melayu yang berumur 15 tahun yang duduk di hadapannya yang dipisahkan oleh meja pejabat. Di atas meja pejabat terdapat satu fail yang tertulis nama perempuan tersebut iaitu Hafizah Jamilah Binti Kamarul . “Tuan pengarah, Saya ada lakukan kesalahan?” Takut, itulah apa yang dia rasa. Lelaki di hadapannya ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan perempuan melayu tersesbut. “Kamu adalah pelajar terbaik kami, kamu tidak melakukan apa apa kesalahan. Cuma, salahsilah kehidupan kamu agak memeningkan” Tuan Pengarah atau namanya Akio Hirasaki membuka fail yang berada di hadapannya. “Kamu dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Malaysia. Pada 10 Disember 2001, Betul?” Hafizah hanya mengangguk. “Kamu dibesarkan oleh keluarg...

Saintis Malaysia 22

 Sambungan.. Aiman Hafiz berdiri dengan badannya berlumuran darah tapi darah ini bukan darahnya tapi darah seluruh pelajar 4 Murni. Badannya terdapat luka kesan daripada mata tombak lawannya yang berdiri di hadapannya. Keadaan kelas tersebut seperti dilanda ribut, kerusi dan meja berselerak dan ada yang pecah kerana dibelah oleh pedang Aiman Hafiz yang tajam. Pedangnya begitu tajam sehinggakan mampu membelah batu tanpa mencacatkan pedang tersebut. Lawannya kini menggunakan tombak sebagai tongkat kerana sudah lemah dan dia kehilangan banyak darah. Aiman Hafiz memandang ‘kawan’nya yang berada di hadapan “Boleh tahan..” *** Aiman Hafiz berjalan memasuki kelas 4 Murni. Kelas 4 Murni antara kelas paling hujung dalam plan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah. Aiman Hafiz masuk ke dalam kelas dan mengunci pintu kelas tersebut, semua pelajar memandang ke arahnya. Keadaan kelas yang tadi riuh dengan suara kini senyap apabila melihat Aiman Hafiz berdiri di hadapan kelas, ...

Saintis Malaysia 21

Sambungan Aiman Hafiz membawa buku tersebut ke ruang membaca yang disediakan. Buku itu diletakkan di atas meja dan tanpa membuang masa, Aiman Hafiz terus duduk di atas kerusi dan membuka kulit tebal buku itu. Tulisan yang ada pada helaian buku tersebut tidak dibaca tetapi hanya dilihat dengan sekali imbas. Satu muka surat ke muka surat yang lain, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Matanya tidak berkelip walaupun sekali, helaian demi helaian. Baru sahaja sampai pada muka surat yang ke 25, buku di hadapannya di rampas secara tiba tiba tanpa sebarang amaran. Apabila dia mengangkat kepalanya, kelihatan Profesor Aiman Hafiz meletakkan buku tersebut di atas meja di hadapan. Wajah Profesor Aiman kelihatan pucat seperti ternampak hantu. “Bagi cemin mata kamu ” Aiman Hafiz memberikan cermin mata yang dipakainya. Profesor Aiman memakainya dan menonton rakaman yang terkandung dalam memori cermin mata tersebut. Profesor Aiman menarik nafas lega. ‘Nasib baik dia tak...