Saintis Malaysia 26

Sambungan

Hatinya bagaikan di geletek, dia cuba menahan untuk ketawa sebaik sahaja mendengar nama organisasi sulit daripada mulut ejen tersebut. ‘Bijak Pandai Malaysia’, seperti tidak masuk akal. Sekarang kerajaan Malaysia sedang mencari kanak kanak bijak pandai melalui Program Permata Pintar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia semenjak 2009 lagi.

“Bagaimana? Kamu bersetuju? Tetapi ada syaratnya. Syaratnya tertera di bahagian bawah halaman tersebut. ” Ejen tersebut tidak menghiraukan perubahan pada remaja dihadapannya.Dia tahu, remaja tersebut cuba menahan daripada tergelak apabila mendengar nama organisasi sulit BPM.

Aiman Hafiz masih lagi memegang telefon pintar ejen tersebut. Tanpa membuang masa, dia mengskrol ke bawah. Terdapat beberapa syarat untuk menyertai Organisani Bijak Pandai Malaysia.
________________________________________________________________________________
SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI CALON BARU

  1. Calon tidak boleh dibenarkan pulang ke rumah selepas membaca kandungan syarat-syarat ini tanpa pengawasan daripada ejen kami.

  1. Jika calon merupakan pelajar sekolah, calon akan diberhenti bersekolah dan akan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  1. Calon akan ditempatkan di lokasi rahsia untuk dijadikan tempat tinggal sepanjang hidup

  1. Sebarang alat komunikasi dan akaun sosial akan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia

  1. Calon yang cuba membocorkan maklumat rahsia daripada organisasi BPM akan ditangkat dan disoal siasat

  1. Jika didapati bersalah, calon akan dikurung daripada berhubung dengan dunia luar

  1. Pengkhianat akan dibunuh serta merta.






            __________________                                            __________________

(Muhammad Aiman Hafiz Bin Zainal)      (Syed Muhammad Hakim Bin Nur Muhammad)

____________________________________________________________________________
Aiman Hafiz memandang kearah ejen tersebut. Rupanya nama ejen tersebut ialah Syed Muhammad Hakim Bin Nur Muhammad. Dia menarik nafas dalam dan menghembus keluar, ayat-ayat dalam kepalanya sedang disusun.

“Baiklah, saya terima tawaran ini” Terukir senyuman pada bibir Hakim

“Letakkan ibu jari kanan atas nama kamu” Aiman Hafiz buat apa yang disuruhnya. Sesudah selesai, Hakim mengambil telefon pintar tersebut lalu melakukan apa yang dilakukan oleh Aiman Hafiz tadi.

“Semuanya sudah selesai, sekarang secara rasminya kamu adalah sebahagian daripada organisasi BPM. Borang tadi sudah di cetak di ibu pejabat. Maka, secara automatik kamu sudah berhenti sekolah”

***

20 minit sudah berlalu selepas Aiman Hafiz keluar dari kelas, kini diambil alih oleh Hafizah. Sekarang sepatutnya kelas Puan Nalinah tetapi guru Bahasa Melayu tersebut tidak dapat masuk ke kelas kerana sakit.

Hafizah perlu menjawab pelbagai soalan yang di kemukakan oleh pelajar pelajar 4 Setia. Termasuklah soalan Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan, soalan soalan tersebut dijawabnya dengan mudah sekali.

Pada tahun 2017, semua kelas perlu menyusun meja mengikut pembelajaran abad ke-21 iaitu mengikut kumpulan, dalam kelas 4 Setia terdapat empat kumpulan yang terdiri daripada 24 orang pelajar semuanya.

Hafizah masih menunggu kelibat abangnya, semua pelajar sudah berada di dalam kelas kecuali abangnya. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Apa yang dia tahu, abangnya keluar dari kelas untuk berbincangkan sesuatu dengan seorang lelaki. Beberapa minit kemudian, Aiman Hafiz melangkah masuk ke kelas.

“Maaf cikgu, saya lewat masuk kelas”

“Tak apa, Cikgu Nalinah tak datang, jadi saya ganti tempat dia hari ini” Hafizah cuba menjelaskan perkara tersebut kepada Aiman Hafiz . Dia terus menuju ke mejanya dan mengemas barang barangnya ke dalam beg. Beg sekolah tadi di terus digalas pada bahu dan kembali pada meja yang di duduki oleh guru muda tersebut.

“Cikgu saya kena pulang, ada perkara yang penting perlu saya selesaikan” Hafizah hanya mengangguk kepala. Aiman Hafiz terus melangkah keluar kelas, langkahnya terus menuju ke pintu pagar sekolah. Hakim berdiri di sebelah pondok keselamatan. Dia terus melangkah ke arah Hakim.

“Mula-mula kita ke rumah kamu kemudian kita ke ibu pejabat.”

***
Pusat Pentadbiran, Putrajaya, Malaysia

“Tuan, kita sudah menerima borang dari ejen kita dari SMK Dato Hamzah” seorang lelaki berpakaian rasmi melangkah masuk ke dalam sebuah pejabat sambil menghulurkan borang yang baru sahaja di cetak.

“Nampaknya kita sudah menerima ahli baru. Buat persediaan untuk menerima kedatangannya! Panggil semua ketua Saintis Negara kita, Malaysia akan menerima perubahan teknologi yang mendadak tidak lama lagi.” Nadanya cukup gembira, dia sudah bekerja hampir 30 tahun dan kini umurnya sudah menjaukau 50-an. Inilah kali pertama dia mendapat berita kebijaksaan yang cukup tinggi pada usia remaja.

“Baik, Tuan” lelaki tadi meninggalkan bilik itu

***
White House, Washington D.C.

“Tuan Presiden!” seorang lelaki berkulit hitam menerjah masuk ke dalam pejabat Presiden. Tuan Presiden agak terkejut akan perbuatan lelaki tersebut.

“Kenapa dengan kamu? Penting sangat ke perkara yang kamu mahu sampaikan sehingga kamu menerjah masuk ke pejabat saya” Muka Tuan Presiden agak menakutkan apabila berada dalam keadaan marah.

“Maafkan saya Tuan Presiden. Tuan patut baca ni” katanya sambil menyerahkan sebuah dokumen. Orang paling berkuasa di Amerika Syarikat malah orang paling berkuasa di dunia tersebut mengambil dokumen tersebut sambil memakai sepasang cermin mata untuk membolehkan dia melihat tulisan.

Mukanya sedikit pucat setelah membaca isi kandungan tersebut. “Mereka betul betul pasti?”

“Saya tidak rasa mereka boleh melakukan kesilapan tentang perkara ni”

Bersambung




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20