Saintis Malaysia 24
Bersambung..
09:21 AM ,26 Oktober 2016 (Dua hari selepasa kejadian lohong
hitam)
Bilik Tidur, Rumah Aiman Hafiz
Kelopak mata perlahan lahan di buka, warna putih siling
menghiasi pandangan. Bunyi alat bacaan denyutan jantung jelas kedengaran di
bahagian sisi, wayar yang bersambung pada dada dan ibu jarinya di cabut.
Apabila kesemua wayar sudah ditanggalkan, bunyi tadi yang berbunyi ‘dip..dip..dip..’
bertukar ‘dipppppp...’ bunyi yang panjang tanpa penghujung. Kakinya yang
terlunjur diturunkan. Badannya masih dibongkokkan kerana terasa berat.
Belum sempat dia bangun dari katilnya yang empuk lagi
selesa, pintu bilik tidur dibuka secara kasar. Ikhwan dan Iezat berada di
sebilik pintu tersebut dengan muka ketakutan. Selepas melihat Aiman Hafiz
sedang dalam keadaan duduk, mereka berdua berasa lega.
“Kau ni Aiman, aku fikir kau dah matilah tadi” Iezat terus
meluahkan perasaannya. Sepanjang dua hari ini, Iezatlah yang paling risau akan
keadaan dirinya yang tidakkan diri.
“Kau ni, kenapa kau tak bagi tahu yang kau ada penyakit
jantung. Nasib baik kau hidup lagi” Ikhwan meletakkan tapak tangannya pada dahi
Aiman Hafiz. Memang sudah dijangka, dahi Aiman Hafiz sejuk. Manakala, Iezat menutup
alat yang berada di sisi katil.
“Pandai juga korang selamatkan nyawa aku. Oh, baru aku
ingat. Picagari yang kau gunakan tu ada di mana? Ada baki 300ml lagi kan?”
Ikhwan dan Iezat memandang sesama sendiri, mereka bedua agak keberatan untuk
menjawab soalan tersebut.
“Aiman, yang sebenarnya....” kata-kata Ikhwan terhenti dan
memandang kepada Iezat.
“Yang sebenarnya, aku bagi semua..” Mata Aiman Hafiz
membulat seolah olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia terus
berdiri dan meletakkan kedua dua tangan di bahu Iezat.
“Kau jangan tipulah, picagari tu ada 600ml. 550 ml mampu
membawa maut, kalau 550ml boleh menyebabkan kematian apa tah lagi kalau 600ml
itu cecair aspirin” Iezat mula ketakutan apabila melihat wajah kawan di
hadapannya, bahu yang dipengan oleh dia terasa sejuk.
“Betul Aiman, aku sendiri lihat apa yang berlaku” Ikhwan cuba
mengawal keadaaan.
“Kalau sebegitu, kenapa aku tak mati lagi?” Terdetik di hati
Aiman Hafiz kerana tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Kalau sepatutnya tanya ‘bagaimana aku boleh terselamat
daripada lohong hitam’” Muka Aiman Hafiz sekali lagi berubah.
“Kamu berdua dengar sini. Apa yang kita tahu tentang masa
depan, kita perlu rahsiakan daripada pengetahuan umum. Kalau kita bagitahu
sekali pun, kita akan dianggap gila.” Iezat dan Ikhwan mengangguk tanda setuju.
Dia terus memeluk Iezat dan ikhwan.
“Teri..ma kasih.. se..bab..selamatkan nya..wa..a..ku” Aiman
Hafiz tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir. Rahsia ini hanya
mereka bertiga sahaja yang tahu, mereka hanya akan menunggu sehingga tiba
masanya rahsia ini untuk didedahkan kepada orang lain. Walaupun begitu terdapat
satu rahsia yang Ikhwan dan Iezat tidak bagi
tahu kepada kawannya.
***
9:35 AM, 17 Januari 2017 (Selasa, Hari persekolahan)
Kelas 4 Setia, SMK Dato Hamzah
“Maaf saya lambat cikgu” seorang budak lelaki bercermin mata sedang
melepaskan lelahnya setalah berlari selaju yang boleh untuk sampai ke kelasnya.
Kelasnya merupakan kelas paling hujung dalam plan sekolah. Apabila di melihat
di dalam kelas tiada guru, mungkin guru tadi sudah meninggalkan kelas.
Dia terus masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat
duduknya. Beg yang berada di belakangnya dilepaskan, kelas sekarang berada
dalam keadaan huru-hara kerana ketiadaan guru. Hari ini mempunyai mata pelajaran
Pendidikan Jasmani, semua pelajar memakai baju sukan. Hampir semua pelajar
sudah keluar dari kelas untuk bermain bola tampar di gelanggang bola tampar
yang berada di hadapan kelas. Hanya beberapa pelajar sahaja yang berada di
dalam kelas.
“Aiman, kenapa awak lambat masuk kelas hari ini, ini sudah
kali yang ke 5 kamu lewat dalam bulan ni” Seorang lelaki cina menengurnya, dia
berada di hadapan.
“Aku kena pergi bilik kauseling setiap pagi” Aiman Hafiz
mengeliat, kedua dua tangannya diangkat ke atas.
“Sebab rambut awak yang putih tu ke?” Tean Shin, itulah nama
lelaki cina yang menengurnya.
“Tak adalah, rambut saya ni dah bertukar jadi putih bukanya
saya warnakan rambut saya kepada warna putih.” Aiman Hafiz menyentuh rambutnya.
“Aiman, saya ada sesuatu nak bagi tahu awak. Ini penting.”
Belum sempat Tean Shin berkata apa apa, semua pelajar yang berada di gelanggang
bola tampar tadi masuk semula ke dalam kelas dalam keadaan tergesa-gesa.
Beberapa minit kemudian guru kelas masuk dalam kelas, Puan Noor Irdawati. Puan Noor Irdawati meletakkan
bahan pengajaran dan sebuah fail di atas meja guru.
Kemudian seorang
perempuan berbaju kurung dan bertudung labuh berwarna hijau melangkah masuk ke
dalam kelas, perempuan tersebut berjaya menarik perhatian semua orang yang
berada dalam kelas tersebut termasuklah Aiman Hafiz kerana mereka bersekolah lelaki
sahaja tiada pelajar perempuan. Dia berjalan sehingga berada di sisi Puan Noor
Irdawati.
“Hari ini cikgu
ingin memperkenalkan cikgu antarabangsa dari Jepun. Sila perkenalkan diri” Puan
Noor Irdawati memandang perempuan bertudung labuh tersebut.
“Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatu dan selamat pagi, nama saya Hafizah Jamilah Binti Kamarul. Saya
adalah guru kimia, fizik, biologi dan matematik tambahan kamu mulai hari ini selama 2 bulan.” Guru baru berkenaan memandang semua pelajar yang berada di dalam kelas,
"Hafizah, saya ada kelas sekarang ini. Jadi kamu ambil alihlah kelas ni ok?" Guru muda berkenaan hanya mengangguk tanda faham. Beberapa langkah lagi sebelum Puan Noor Irdawati keluar dari kelas, dia teringat sesuatu.
"Oh, sebelum saya lupa! Aiman kamu ada bawa surat sakit untuk semalam?" Aiman Hafiz berdiri dan berjalan ke arah pintu untuk menyerahkan surat tunjuk sebab tidak hadir sekolah semalam. Surat yang berada di tangannya terus diserahkan kepada guru kelas itu. Hafizah memandang kearah Tian Shin yang duduk betul betul di hadapan Hafizah. Hafizah menunjukkan jari kearah Aiman Hafiz, Tean Shin mengangguk. Dia tahu apa yang Hafizah mahu sampaikan.
"Aiman Hafiz?" Suara yang lembut keluar dari mulut Hafizah.
"Ya, saya" Lelaki bercermin mata, berambut putih memusingkan badannya menghadap Hafizah.
"Nama ayah kamu Zainal Bin Ismail dan nama mak kamu Rusni Binti Kadir bukan?"
"Betul! Kenapa?"Dia hanya berdiri kaku menunggu jawapan yang akan didengarnya tetapi lain pula yang dia dapat. Badannya dipeluk dengan erat sekali. Air mata membasahi baju sukan yang di pakai olehnya. Semua pelajar yang berada di dalam kelas terkejut dengan apa yang berlaku.
"Hafizah, saya ada kelas sekarang ini. Jadi kamu ambil alihlah kelas ni ok?" Guru muda berkenaan hanya mengangguk tanda faham. Beberapa langkah lagi sebelum Puan Noor Irdawati keluar dari kelas, dia teringat sesuatu.
“Cantiknya..” Suara yang perlahan keluar dari mulut Izzul
Rafiqi. Suara tersebut dapat didengar oleh kawannya yang berada di sebelahnya,
Ruzain.
“Izzul dah jatuh cinta” Pandangan Izzul terus melerit. Dia
membuat isyarat supaya senyap.
"Oh, sebelum saya lupa! Aiman kamu ada bawa surat sakit untuk semalam?" Aiman Hafiz berdiri dan berjalan ke arah pintu untuk menyerahkan surat tunjuk sebab tidak hadir sekolah semalam. Surat yang berada di tangannya terus diserahkan kepada guru kelas itu. Hafizah memandang kearah Tian Shin yang duduk betul betul di hadapan Hafizah. Hafizah menunjukkan jari kearah Aiman Hafiz, Tean Shin mengangguk. Dia tahu apa yang Hafizah mahu sampaikan.
"Aiman Hafiz?" Suara yang lembut keluar dari mulut Hafizah.
"Ya, saya" Lelaki bercermin mata, berambut putih memusingkan badannya menghadap Hafizah.
"Nama ayah kamu Zainal Bin Ismail dan nama mak kamu Rusni Binti Kadir bukan?"
"Betul! Kenapa?"Dia hanya berdiri kaku menunggu jawapan yang akan didengarnya tetapi lain pula yang dia dapat. Badannya dipeluk dengan erat sekali. Air mata membasahi baju sukan yang di pakai olehnya. Semua pelajar yang berada di dalam kelas terkejut dengan apa yang berlaku.
“Hafizah, kenapa ni?” Dia tidak dapat buat buat tidak kenal
lagi. Akan tetapi bagaimana Hafizah boleh kenal dirinya.
“Sampai hati abang! Tinggalkan Hafizah dengan Afiq
sorang-sorang.” Aiman Hafiz membalas pelukan Hafizah. Kini abang dan adik
berjumpa semula selepas lebih sepuluh tahun berpisah, tetapi mereka berlainan ‘darjat’.
Si abang seorang pelajar menengah atas malakala si adik pula seorang guru.
Aiman Hafiz menggosok belakang Hafizah untuk menghentikan tangisan Hafizah.
***
10:36 AM, 17 Januari 2017 (Selasa, Hari persekolahan)
Waktu rehat, SMK Dato Hamzah
“Kalau ya pun dah lama tak jumpa, takkanlah nak ikut abang
ke mana sahaja abang pergi. Pergilah makan ke? Bersembang dengan guru guru yang
lain ke?” Mereka berdua sedang berjalan menuju ke kedai buku. Sepanjang
perjalanan mereka menuju ke kedai buku, banyak mata memandang kearah mereka.
“Tak nak, nak dekat dengan abang. Hafizah tak nak berjauh
dengan abang lagi” Hafizah berbaju kurung dan bertudung labuh berwarna hijau
manakala Aiman Hafiz berambut putih memang mudah untuk menarik perhatian
pelajar lain malah mereka berdua juga menarik perhatian guru yang berselisih
dengan mereka. Aiman Hafiz menghentikan langkahny, Hafizah juga melakukan
perkara yang sama.
“Kalau kau nak ikut aku. Lebih baik kau ada berada di depan
daripada berada di belakang” Hafizah memandang belakang akan tetapi tiada
sesiapa pun di belakang.
“Mungkin hanya perasaan abang sahaja, jomlah tinggal 4 minit
lagi nak habis rehat” mereka berdua terus melangkah. Sepasang mata sedang
memerhatikan mereka dari jauh, ‘dia’ sempat menyorok sebelum Hafizah memandang
ke belakang.
Bersambung....
Ulasan