Saintis Malaysia 22
Sambungan..
Aiman Hafiz berdiri dengan badannya berlumuran darah tapi
darah ini bukan darahnya tapi darah seluruh pelajar 4 Murni. Badannya terdapat
luka kesan daripada mata tombak lawannya yang berdiri di hadapannya.
Keadaan kelas tersebut seperti dilanda ribut, kerusi dan
meja berselerak dan ada yang pecah kerana dibelah oleh pedang Aiman Hafiz yang
tajam. Pedangnya begitu tajam sehinggakan mampu membelah batu tanpa mencacatkan
pedang tersebut. Lawannya kini menggunakan tombak sebagai tongkat kerana sudah
lemah dan dia kehilangan banyak darah.
Aiman Hafiz memandang ‘kawan’nya yang berada di hadapan
“Boleh tahan..”
***
Aiman Hafiz berjalan memasuki kelas 4 Murni. Kelas 4 Murni
antara kelas paling hujung dalam plan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah. Aiman
Hafiz masuk ke dalam kelas dan mengunci pintu kelas tersebut, semua pelajar
memandang ke arahnya. Keadaan kelas yang tadi riuh dengan suara kini senyap
apabila melihat Aiman Hafiz berdiri di hadapan kelas, mereka senyap dan
terlintas rasa gerun apabila melihat pada tangan kanannya memengang sebilah
pedang.
“Aiman, kau dah kenapa?” seorang pelajar sedang
menghampirinya tapi tanpa sebarang amaran Aiman Hafiz melibaskan pedangnya maka
terpisahlah kepala pelajar tadi dari tubuhnya, darah tersembur ke udara dan
badan yang sudah tiada kepala tadi sudah tumbang. Semua pelajar yang ada dalam
kelas semua menjarakkan diri darinya untuk mengelak daripada menjadi mangsa
seterusnya. Walaupun semua pelajar dalam kelas adalah lelaki tetapi mereka
tidak menjangka perkara ini akan berlaku.
Meja yang berada dihadapannya terbelah dua apabila Aiman
Hafiz melibas pedangnya, semua pelajar berlari ke belakang kelas untuk keluar
dari kelas tersebut melalui pintu belakang tetapi pintu belakang tidak mahu
terbuka menyebabkan semua pelajar ketakutan apabila melihat dia membelah satu
demi satu meja yang menghalang laluannya dan akhirnya sampai di hadapan mereka
semua.
Aiman Hafiz memlontar tombak ke arah mereka , tombak
tersebut jatuh ke lantai,mereka kehairanan dari mana datangnya tombak itu.
Semua memerhati tombak tersebut. “Ambil tombak tu dan lawan” kata seorang
pelajar di belakang, pelajar di hadapan mengambil tombak tersebut dan menuju ke
arah Aiman Hafiz untuk menebas kepala Aiman Hafiz yang kini bergerak menuju ke
hadapan kelas. Aiman Hafiz memusingkan tubuhnya untuk mengelak serangan
tersebut, pelajar tadi mengubah hayunan tombaknya. Belum sempat mata tombak
menyentuh pangkal lehernya, pangkal leher pelajar tadi terkena mata pedang
Aiman Hafiz. Kepala pelajar tadi bergoleh diatas lantai, darah menghiasi lantai
kelas 4 Murni.
Tombak pada tangan pelajar tadi diambil oleh Aiman Hafiz dan
mencampakkan kembali pada pelajar pelajar di belakang. “Dua orang sudah tumbang
sekarang tinggal dua puluh tiga lagi”
“Aiman, tolonglah lepaskan kami. Apa yang kau nak kami boleh
bagi,tolonglah lepaskan kami” mereka merayu untuk melepaskan mereka kerana
mereka tidak mahu menerima nasib yang serupa dengan dua orang rakannya yang
telah tumbang.
“Apa yang aku nak? Aku nak tengok kamu semua mati!” Aiman
Hafiz terus berlari ke arah mereka semua dengan kedua dua tangannya memengang
hulu pedang. Pelajar yang berada di bahagian kiri dan kanan berlari ke hadapan
kelas manakala pelajar yang berada di tengah tengan menjadi mangsa seterusnya,
sepuluh kepala berpisah dari badan dengan sekali libas. Darah terpancut seperti
hujan manakala lantai banjir dengan darah sepuluh pelajar tadi yang sudah tiada
kepala.
“Sekarang tinggal tiga belas!”
Aiman Hafiz berlari ke arah kiri hadapan kelas. Lima orang berada
di sudut itu berusaha mem-pertahankan diri dengan membaling kerusi dan buku
teks yang berdekatan ke arah Aiman Hafiz tetapi kerusi dan buku teks yang di
baling langsung tidak menganggu lariannya semuanya terbelah dua apabila
berdepan dengan mata pedangnya. Akhirnya mata pedang menjamah mangsanya, lima
pelajar terbelah dua, darah mewarnai sudut itu.
“Lapan lagi tinggal!”
Sekarang lapan pelajar tersebut merapatkan badan sesama
sendiri bersedia untuk sebarang kemungkinan. Aiman Hafiz berjalan perlahan
lahan ke arah mereka berlapan, mereka pula bergelak dengan perlahan lahan menjauhi
Aiman Hafiz. Tanpa sebarang amaran Aiman Hafiz berlari menuju ke arah mereka, mereka
semua berlari tapi pelajar yang berada di hadapan Aiman Hafiz menjadi mangsa
seterusnya, tubuh pelajar tadi ditendang dan terkena pada pelajar seterusnya.
Pelajar yang terkena badan kawannya itu rebah dan ini memberi peluang untuk
Aiman Hafiz membelah tubuhnya. Dia tidak mampu berbuat apa apa, akhirnya mati.
Tanpa melihat mangsanya yang tidak bernyawa di lantai dia
terus menuju laju baki pelajar yang
tinggal, keadaan seperti seolah olah mereka sedang bermain kejar mengejar,
siapa kalah dia mati. Aiman Hafiz menghunus pedangnya, pedang tersebut
menembusi dua orang pelajar sekali gus. Dia menyepak tubuh yang ada apa
pedangnya.
“Empat pelajar lagi yang tinggal”
Tiga daripada empat pelajar tadi mengambil besi daripada
meja yang telah terbelah sebagai senjata pertahanan diri manakala seorang
pelajar berlari ke belakang kelas untuk mengambil tombak yang berada di atas
lantai. Apabila dia memandang kepada tiga orang kawan kawannya yang tadi cuba
berlawan, sekarang sudah tumbang yang tinggal hanyalah dia dan Aiman Hafiz.
“Sekarang tinggal kau dan aku sahaja!”
Aiman Hafiz berlari selaju mungkin untuk menghabiskan
perkara ini dengan secepat yang mungkin tetapi apa yang berlaku adalah satu
bunyi hentaman, pelajar di hadapannya menghalang mata pedang Aiman Hafiz dengan
tombak. Aiman Hafiz mengalihkan pedangnya dan dihayunkan kembali arah sisi kiri
pelajar tersebut, pejalar berkenaan rebahkan diri ke lantai dan menyepak kaki
Aiman Hafiz.
Akhirnya Aiman Hafiz jatuh tapi tanpa membuang masa dia
terus berdiri dan terus menjauhkan diri daripada pelajar tersebut. Aiman Hafiz
memengang lehernya, lehernya terluka. Aiman Hafiz membuang pedangnya, pedang
tersebut hilang sebelum menyentuh lantai.
“Tamatkan Program”
Kelas tadi dalam keadaan tunggang-langgang berubah menjadi
sebuah bilik kosong dan seluruh bilik tersebut berwarna putih. Terdapat sebuah
gelang berwarna kelabu pada tangan kanannya, dia terus menuju ke dinding yang
mempunyai alat pengimbas. Gelang yang berada pada tangan kanannya di buka dan
dimasukkan ke dalam alat pengimbas, ruang pada alat pengimbas tertutup dan
membukakan pintu keluar dari bilik.
Apabila keluar dari bilik tersebut kelihatan Profesor Aiman
sedang tidur di atas meja bulat di tengah ruang bilik berkenaan. Aiman Hafiz
menuju ke arah Profesor Aiman. “Profesor bangun, Profesor”
Dia cuba mengejutkan Profesor Aiman yang lena dibuai mimpi,
Profesor Aiman mengangkat kepalanya dan melihat sekeliling. Profesor Aiman
berdiri lalu dia menguap dan menggeliat sambil mengangkat kedua-dua belah
tangannya ke atas.
“Dah siap? Nak cuba sekali lagi?”
“Cukuplah dah tiga kali cuba..” Belum sempat Aiman Hafiz
berkata lagi, telefon Profesor Aiman berdering. Dengan segera Profesor Aiman
keluar dari bilik kawalan tersebut. Profesor Aiman dan Aiman Hafiz sebenarnya
berada di sebuah bangunan milik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia,
ringkasaannya MDEC. Aiman Hafiz ditawarkan menggunakan Bilik Penjana Hologram Realiti
atau PHR, apa sahaja yang berlaku dalam bilik berkenaan seolah-olah ‘hidup’.
Kalau tercedera, ditampar atau sebagainya rasanya betul-betul berlaku.
Beberapa saat Profesor Aiman keluar dari bilik kawalan
sebentar tadi, kini Profesor Aiman masuk kembali dalam bilik tersebut dengan
muka yang pucat. Masuk sahaja dalam bilik, Profesor Aiman menarik tangan Aiman
Hafiz dan berlari. “Apa yang berlaku?”
“Kecemasan! Aku kena hantar kamu semua balik semula ke masa
kau dengan secepat mungkin, aku dah telefon yang lain supaya tunggu kita di
pintu teleportasi di bumi.”
Mereka berdua berlari keluar dari bangunan tersebut, Aiman
Hafiz boleh melihat keadaan bangunan tersebut seperti dilanda ribut, mereka
semua berlari dari pelbagai arah seperti akan ada sesuatu yang besar akan
berlaku. Aiman Hafiz nak pesawat Profesor Aiman, pesawatnya ditinggalkan.
***
Hadapan pintu teleportasi di bumi.
Hafizah, Profesor Iezat, Ikhwan, Iezat dan seorang lelaki
berpakaian polis. Lelaki itu bertubuh kurus dan tinggi. Dia begitu terkejut
dengan apa yang dilihatnya, dia berjalan perlahan menghampiri pintu teleportasi
tersebut. Belum sempat dia memasukkan tangan ke dalam alat tersebut satu susuk
tubuh yang sangat dia kenali keluar dari pintu teleportasi merempuh tubuhnya.
Dia dihempa oleh Profesor Aiman manakala Aiman Hafiz juga rebah ke lantai.
Pintu teleportasi tertutup secara automatik.
Profesor Aiman membuka mata dan melihat dihadapannya.
Terkejut Profesor Aiman apabila mendapati dia sedang menindih seorang lelaki
yang sangat dia kenal.
“Hakimi? Apa kau buat dalam makmal aku? Ma.. Macam mana kau
boleh masuk?” Profesor Aiman membantu kawannya Hakimi berpakaian seragam polis.
Manakala Hafizah membantu Aiman Hafiz yang terjatuh bersama Profesor Aiman
semasa keluar dari pintu teleportasi sebentar tadi.
“Aiman, kita kena keluar dari sini sekarang juga! Tempat ni
dah tak selamat.” Hakimi menarik tangan Profesor Aiman supaya keluar dengan
segera.
“Aku kena hantar mereka dulu” kata Profesor Aiman kepada
Hakimi sambil menunjukkan kearah Aiman Hafiz, Iezat dan Ikhwan. Hakimi terus
memandang mereka, muka Hakimi terus menjadi pucat apabila memandang mereka
bertiga.
“Aiman? Ikhwan? Iezat? I..Ini tak mungkin berlaku! Tadi
mesin teleportasi sekarang mesin masa” Hakimi tidak dapat menerima kenyataan.
Profesor Aiman menepuk bahu Hakimi.
“Banyak lagi yang kau tak tahu” Profesor Aiman cuba
menenangkan Hakimi.
“Kamu bertiga, masuk dalam mesin masa tu sekarang juga,
keadaan sekarang tak selamat. Kamu bertiga perlu pulang ke masa kamu secepat
yang mungkin” Ikhwan dan Iezat terus masuk ke dalam mesin tersebut manakala
Aiman Hafiz berjalan masuk tetapi dia keluar balik dan memandang semua orang
yang berada dalam makmal tersebut.
Aiman Hafiz terus berlari dan memeluk Profesor Aiman, dia
menangis. “Aku takut, aku tak ada sesiapa pun. Mak Ayah dah tak ada. Aku takut”
Profesor Aiman menenangkan dirinya.
“Jangan risau, Allah sentiasa ada. Allah sentiasa ada”
Profesor Aiman juga mengalirkan air mata.
“Aiman, jangan risau. Kami sentiasa bersama” Kata Profesor
Iezat.
“Abang jangan risau, adik akan sentiasa bersama abang” Kata
Hafizah, Hafizah tetap menggunakan kata nama ‘abang’ walaupun ‘abang ’ yang
berada di hadapannya dari masa lepas. Iezat dan Ikhwan keluar dari mesin masa
dan berjalan ke arah Aiman Hafiz.
“Betul tu Aiman, kami sentiasa ada. Allah bersama
orang-orang yang beriman kepada-Nya” kata Iezat, Ikhwan hanya memerhati.
“Betul?” Kata Aiman Hafiz yang telah berhenti menangis.
“Betul, pergilah dan jadilah seperti sekarang. Kau sudah pun
tahu, capailah cita-cita kau, wahai diriku” Akhirnya Aiman Hafiz melepaskan
dakapannya dan menuju ke mesin masa dipimpin Iezat. Apabila mereka masuk ke
dalam mesin masa Aiman Hafiz berdiri di hadapan pintu, melihat semua orang.
“AIMAN INGAT! DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM
KERUGIAN KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN MEREKA PULA
BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN SABAR, SURAH AL
‘ASHR AYAT 1 HINGGA 3 ” Jerit Profesor Aiman, Aiman Hafiz tersenyum dam
kemudian pintu tertutup. Aiman Hafiz masih tidak mengalihkan pandanganya, pintu
tersebut mempunyai tingkap.
Mesin masa tersebut terapung dan menggerakkan sedikit ke
belakang dan hilang dari pandangan. Akhirnya Aiman Hafiz terduduk di atas
lantai, terkejut,takut,risau. Itu yang dia rasa.
“Jangan risaulah Aiman, semuanya baik baik sahaja” kata
Ikhwan sambil menggosok belakang Aiman Hafiz. Beberapa saat kemudian mesin masa
yang dinaiki mereka terhempas, mereka semua keluar dari mesin masa tersebut. Apabila
mereka keluar, mereka melihat kawasan perkarangan rumah Aiman Hafiz. Mereka
bertiga bersyukur kerana mereka semua selamat mendarat.
Tetapi beberapa saat kemudian, telefon pintar yang berada
dalam poket masing-masing terbang ke belakang apabila mereka pusing ke belakang
terdapat satu lohong yang berwarna hitam yang besar berada tepat-tepat di atas
mesin masa. Mesin masa di sedut masuk dalam lohong tersebut.
Aiman Hafiz seolah-olah ditarik oleh lohong tersebut
sedangkan Iezat dan Ikhwan tidak. Ikhwan dan Iezat memengang tangan Aiman
Hafiz. “Ruang masa dah pecah!” kata Aiman Hafiz.
Disebabkan tarikan yang terlalu kuat Aiman Hafiz tersedut
masuk dalam lohong tersebut bersama telefon pintar dan mesin masa. Lohong
tersebut hilang dari pandangan mereka berdua, Ikhwan dan Iezat memandang sesama
sendiri. Belum sempat Iezat membuka kata, lohong hitam tersebut muncul kembali
dan ‘memuntahkan’ Aiman Hafiz. Aiman Hafiz terbang dan terkena kepada mereka
berdua.
Ikhwan dan Iezat begitu terkejut apabila Aiman Hafiz berubah.
Rambutnya yang hitam bertukar putih seputihnya. Ikhwan dan Iezat terus membawa
Aiman Hafiz masuk ke dalam rumah.
Bersambung....
Ulasan