Saintis Malaysia 25

Sambungan

***
2:10 PM, 27 Oktober 2016
Bilik Tidur, Rumah Tian Shen

"Kenapa awak telefon saya sekarang ni? PT3 dah habis lah"

"Maaflah mengganggu tapi saya nak minta tolong, boleh?"

"Tolong apa?"

"Tolong berhubung dengan pihak institut di Jepun boleh tak?"Muka Tian Shen mula berubah, dia agak terkejut dengan apa yang dia dengar.

"Kenapa pula? Ada sesuatu yang berlaku ke?"

"Aku dah hantar semua maklumat ada kat Whatsapp, bacalah" Panggilan telefon tadi tamat di situ. Aplikasi Whatsapp dibuka, terdapat beberapa mesej daripada akaun yang tidak dikenali. Mungkin mesej tersebut datangnya daripada kawannya tadi. Selepas beberapa minit masa digunakan membaca dan memahami kandungan mesej tersebut, dia membuat panggilan kepada nombor tadi.

"Oklah, saya akan tolong" Berita tersebut dapat mengukirkan senyuman pada wajah Ikhwan.

***
10:41 AM, 17 Januari 2017
Kelas 4 Setia, SMK Dato Hamzah.

"Kenapa awak tak bagi tahu saya awal awal?" Sedikit nada geram terkeluar dari mulut seorang remaja berambut putih dan bercermin mata tersebut.

"Bukan salah saya, Ikhwan yang suruh saya rahsiakan perkara ini daripada awak" sebelum ini hanya Iezat, Ikhwan dan Tian Shen sahaja yang tahu akan kewujudan Hafizah sebagai 'adik susuan' kepada Aiman Hafiz. Satu kelas tahu akan dirinya, tiada abang, kakak, mahupun adik.

"Aiman, boleh aku nak cakap dengan kau sekejap, di luar kelas" Tian Shen yang berada di hadapannya ditinggalkan, Kini, Tian Shen boleh melepaskan nafas lega kerana dia tidak perlu lagi menjawab soalan soalan yang bermain di fikiran Aiman Hafiz.

Dia sudah berada di luar kelas, jauh daripada rakan sekelas yang lain. Izzul Rafiqi memandang kawannya itu untuk seketika sebelum berbicara. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sepanjang hari ini. Misteri tentang Aiman Hafiz pun belum terjawab kini ditambah pula dengan kehadiran perempuan yang telah memikat hatinya.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau ada adik?" Dengar sahaja soalan tersebut, kedua-dua bahu Izzul dipegangnya, kepala pula ditunduk ke arah lantai. Perlahan lahan kepala Aiman Hafiz di angkat.

"Kali terakhir aku jumpa dia masa aku berumur 1 tahun setengah, aku sendiri pun terkejut. Kenapa kau tanya macam tu?" Kelas mereka masih tiada guru yang datang masuk kelas kerana hampir semua guru terlibat dengan menyuarat. Disebabkan mereka merupakan kelas pertama mungkin guru guru lain masuk ke dalam kelas kelas akhir dahulu.

"Tak adalah, aku cuma terkejut jer. Sebab selama ni setahu aku kau seorang jer dalam keluarga." Dia cuba menyembunyikan tujuannya, mungkin belum tiba masanya untuk dia meluahkan perasaan. Remaja berambut putih di hadapannya mula berasa curiga terhadap kawannya itu. Firasatnya begitu kuat yang menyatakan Izzul sudah jatuh cinta pada adiknya. Sebelum Aiman Hafiz masuk semula ke dalam kelas, dia mencubit pipi kanan Izzul. Izzul mengaduh sakit, tangannya penyapu pada pipi kanan.

Kakinya terus melangkah masuk kembali ke dalam kelas, hampir separuh kelas sudah keluar untuk bermain bola tampar. Keadaan kelas kini hampir sunyi, keadaan sedemikian cukup selesa untuk tidur. Belum sempat kepalanya menyentuh meja, seseorang dari belakang memanggil namanya. Kelapanya diangkat dan memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang.

"Aiman, macam mana adik kau boleh jadi cikgu?. Dah la sama umur." Hakimi atau nama panjangnya Syed Muhammad Hakimi Bin Syed Muzafar, berbadan kurus dan tinggi orangnya, soalan yang ditanya olehnya tidak terus dijawab, beberapa saat kemudian Aiman Hafiz menjawab soalan dari Hakimi.

"Manalah aku tahu, hari ni baru aku jumpa dia. Kau tanyalah di sendiri."

"Tipulah, tadi masa dia menangis korang kenal satu sama lain. Takkanlah baru jumpa." Kini Siddiq pula yang bertanya, nama penuhnya Ahmad Siddiq Bin Johan, sama juga seperti Hakimi bezanya dia lagi tinggi dari Hakimi. Mata Aiman Hafiz terus memandang pada Siddiq, dia sedang berusaha menyusun ayat supaya tidak terbocor maklumat penting.

"Mak aku yang bagi tahu sebelum ni. Kenapa?? Berkenan ke?" Hanya Hakimi dengan Siddiq sahaja yang berada di belakang yang lain ada di luar kelas.

"Mestilah, dah la bertubung labuh. Nampak comel jer" Kata Siddiq

"Kau dengan Hafizah tak boleh kahwin kan? Setahu aku adik-beradik susuan tak boleh kahwin" persoalan mula bermain di fikiran Hakimi.

"Adik-beradik susuan mana boleh kahwin"

"Jadi ada peluanglah" Siddiq dengan Hakimi memandang antara satu sama lain.

"Aku tak rasa yang dia akan tertarik dengan korang berdua" Hakimi dan Siddiq memandang ke arah Aiman Hafiz dengan penuh tanda tanya.

"Asal ?" Kata Hakimi

"Mana boleh bagi tahu" terukir senyuman di bibir.Bahu kanannya di sentuh, apabila dipandang ke belakang terlihat wajah rakannya, Ruzain.

"Aiman, ada orang luar nak jumpa kau" Dia berdiri dan terus menuju keluar dari kelas meninggalkan persoalan kepada Hakimi dengan Siddiq. Mereka berdua masih lagi tercari cari kekurangan mereka di mata gadis melayu yang merupakan adik kepada Aiman Hafiz.

Apbila dia melangkah keluar kelas, dia dapat melihat dengan jelas seorang lelaki berpakaian biasa. Lelaki itu tidak pernah dilihat olehnya.

"Boleh kita pergi ke tempat lain untuk berbincang? Saya ada maklumat penting dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun" Kata lelaki berkenaan apabila di memandang ke dalam kelas terdapat beberapa orang pelajar sedang mendengar perbualan mereka.

"Sila ikut saya" Aiman Hafiz membawa lelaki berkenaan ke Pusat Sumber Sekolah yang berada pada hujung blok D. Pintu pusat sumber tidak berkunci tetapi tiada sesiapa pun di dalam, Aiman Hafiz dan lelaki tadi melangkah masuk.

Mereka melangkah sehingga ke tengah tengah pusat sumber tersebut. Aiman Hafiz mengambil tempat duduk di meja tersebut manakala lelaki tadi memilih untuk berdiri. Lelaki tadi mengeluarkan sebuah telefon pintar dari poket seluarnya lalu diletakkan di hadapan Aiman Hafiz, tanpa disuruh dia terus memeriksa kandungan yang dipaparkan pada skrin telefon pintar lelaki itu.

_________________________________________________________________________________
Hoverboard (Papan luncur masa depan)

Papan luncur yang menggunakan daya apungan, sumber tenaga yang digunakan adalah molekul H2O yang akan terurai melalui proses hidrolisis lalu menghasilkan molekul Oksigen dan molekul Hidrogen 

Proses ini tidak membebaskan bahan-bahan yang berbahaya seperti yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil yang membebaskan Karbon Monoksida (CO)

Hoverboard ini hanya menggunakan bahan bahan terbuang yang boleh didapat di tempat pembuangan sampah seperti besi buruk dan komputer lama

_________________________________________________________________________________

"Alat tu kamu buat sorang atau dibantu" tanya lelaki tadi yang masih tidak memperkenalkan dirinya lagi.

"Hoverboard ini aku buat sorang tanpa dibantu sesiapa. Kenapa? Ada sesuatu yang tidak kena ke?" Dia cuba mencari kelemahan alat ciptaannya.

"Saya adalah ejen rahsia daripada kerajaan untuk mengambil kamu, ini kerana ciptaan kamu ini mendapat perhatian daripada semua para Saintis kami. Dengan ini, saya sebagai wakil kerajaan ingin menawarkan kepada kamu untuk menyertai kami " kata ejen tersebut.

"Boleh saya tahu nama organisasi kamu"

"Bijak Pandai Malaysia atau singkatannya BPM"



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20