Saintis Malaysia 23

Sambungan

***
5:35 AM ,24 Oktober 2016
Pejabat Pengarah Institut Perguruan Moden Japan

“Saya nak minta maaf kerana meminta kamu datang awal-awal pagi sebegini” Kata seorang lelaki yang sudah lanjut umurnya, dia sedang bercakap dengan seorang perempuan melayu yang berumur 15 tahun yang duduk di hadapannya yang dipisahkan oleh meja pejabat. Di atas meja pejabat terdapat satu fail yang tertulis nama perempuan tersebut iaitu Hafizah Jamilah Binti Kamarul .

“Tuan pengarah, Saya ada lakukan kesalahan?” Takut, itulah apa yang dia rasa. Lelaki di hadapannya ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan perempuan melayu tersesbut.

“Kamu adalah pelajar terbaik kami, kamu tidak melakukan apa apa kesalahan. Cuma, salahsilah kehidupan kamu agak memeningkan” Tuan Pengarah atau namanya Akio Hirasaki membuka fail yang berada di hadapannya.

“Kamu dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Malaysia. Pada 10 Disember 2001, Betul?” Hafizah hanya mengangguk.

“Kamu dibesarkan oleh keluarga susuan kerana ibu bapa kamu sibuk bekerja, setahun kemudian ibu kamu melahirkan adik kamu, Afiq Awadullah dan meninggal dunia selepas adik kamu selamat dilahirkan. Beberapa bulan kemudian ayah kamu meninggal dunia kerana kanser. Betul? ” Hafizah sudah tidak tahan lagi, dia ingin bertanya.

“Tuan Pengarah, apa sebenarnya yang Tuan mahu sampaikan? ”

***
10:09 AM ,24 Oktober 2016
Ruang tamu, Rumah Aiman Hafiz

Aiman Hafiz terbaring di atas sofa yang panjang, terdapat kain basah di dahinya. Baju sejuk yang dipakai oleh Iezat dan Ihkwan sudah pun dibuka kerana panas. Manakala, Aiman Hafiz masih lagi memakai baju sejuk kerana badanya sejuk. Iezat dan Ikhwan masih lagi kehairanan, badan Aiman Hafiz begitu sejuk seperti mayat selepas keluar dari lohong hitam dan apabila mereka dua melihat rambut Aiman Hafiz yang dulu hitam bertukar putih. Mereka berdua duduk di atas sofa yang menghadap ke arah Aiman Hafiz. Mereka berdua boleh lihat dengan jelas, dada Aiman Hafiz berombak-ombak.

Tiba-tiba Aiman Hafiz bangun dari perbaringan, dia melihat sekeliling. “Aiman, kau tak apa apa?” tanya Iezat.

“Kepala aku sakit” itu sahaja yang keluar dari mulut Aiman Hafiz, beberapa saat kemudian dia teringat sesuatu yang penting, sangat penting. Dia terus berlari ke tingkat dua, Iezat dan Ikhwan ikut dari belakang kerana risau dia akan pengsan sekali lagi seperti sebelum ini.

Aiman terus menuju ke bilik tidur, langkahnya terhenti di hadapan almari. Pintu almari dibuka dan sehelai baju berwarna merah dan sehelai baju sejuk berwarna hitam, tanpa membuang masa dia terus membuka baju yang sedang dipakainya dan memakai baju yang di ambilnya tadi. Iezat dan Ikhwan hanya berdiri di luar bilik. Setelah selesai dia menukar baju, dia terus bergerak lagi.

Kali ini kakinya melangkah ke bilik bacaan, Iezat dan Ikhwan hanya ikut sahaja. Sampai sahaja di ruang bilik bacaan, Aiman Hafiz mengalihkan semua buku di suatu rak. Buku-buku yang tebal di rak tersebut menyembunyikan sebuah peti besi, peti besi tersebut dikeluarkan. Ikhwan dan Iezat masuk ke ruang bilik berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat.

Tangan Aiman Hafiz menyeluk poket baju sejuk, sebentuk anak kunci dikeluarkan dari poket. Kunci tersebut terus dimasukkan ke dalam lubang kunci pada peti besi tersebut, setelah dipulas anak kunci Aiman Hafiz memasukkan kod keselamatan. Peti besi tersebut terbuka setelah kod keselamatan dimasukkan.

Di dalam peti tersebut terdapat satu sampul surat berserta sebuah telefon bimbit. Aiman Hafiz mengambil sampul surat tersebut dan berjalan menuju ke kerusi yang berada di tengah tengah ruang, dia terus duduk di atas kerusi tersebut dan mengambil cermin mata yang berada di atas meja di hadapannya lalu dipakai. Manakala Ikhwan dan Iezat berdiri di sebelah kiri dan kanan Aiman Hafiz. Sampul surat yang tertulis ‘Wasiat kepada anakku, Aiman Hafiz’, sampul tersebut dibuka dan sehelai kertas dengan tulisan tangan dikeluarkan.

================================================================================
Assalamualaikum Aiman,

Kalau Aiman baca surat ini, itu bermakna Umi dan Abah sudah tiada lagi. Umi tak tahu sama ada Aiman masih ingat atau tidak, semasa kamu kecil Umi ada menyusukan dua orang anak kecil. Seorang perempuan yang lahir sama dengan Aiman, nama dia Hafizah Jamilah dan seorang lelaki setahun lebih muda, Afiq Awadullah namanya.

Disebabkan Umi menyusukan mereka, jadi secara automatik mereka menjadi adik susuan kamu yang sah. Mereka berdua sekarang mungkin masih lagi berada di Jepun bersama keluarga angkat baru mereka. Umi mahu Aiman telefon mereka dan maklumkan akan kematian keluarga susuan mereka.

Seboleh bolehnya cari mereka dan hidup bersama mereka.

Terima Kasih, Aiman.

Yang Benar,
(Rusni Binti Kadir)
================================================================================

Cermin mata yang digunakan untuk membaca sebentar tadi dibuka dan di letakkan kembali di atas meja.Matanya hanya memandang ke arah lantai, kertas yang dipegangnya sudah terlepas dari tangan. Posisi badannya kini berada dlam keadaan rukuk, masih segar ingatannya. Kedua dua orang tuanya terlantar di atas katil hospital, alat yang ada di sebelah katil kedua dua mereka telah ditanggalkan oleh jururawat.

Seorang dokter wanita yang berada di antara katil tersebut melihat jam tangannya dan mencatatnya di atas sehelai kertas. Manakala jururawat tadi menyelimutkan kedua dua insan tersebut dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Imbasannya terhenti apabila dia berasa seperti belakangnya di gosok, apabila dia menyandarkan belakang pada kerusi dan melihat ke sebelah sisi kanannya. Dia boleh melihat dengan jelas Iezat dengan senyumannya.

Aiman Hafiz mula berdiri, belum sempat dia berjalan Iezat memeluknya dari tepi, Ikhwan pula hanya melihat sahaja. Bilik bacaan tersebut sepi, tiada sepatah pun yang keluar dari mulut mereka bertiga untuk beberapa minit.

“Aiman, aku tahu apa yang kau tengah rasa sekarang. Ingat kita merancang tetapi perancangan ilahi adalah terbaik, ada hikmah di sebalik semua ini” Pelukan Iezat begitu kuat seolah olah dia tidak akan melepaskan pelukan tersebut. Selepas itu, Iezat melepaskan dakapan. Aiman Hafiz kini berjalan dengan perlahan lahan keluar dari bilik bacaan.

Tiba-tiba sahaja tanpa sebarang tanda Aiman Hafiz menggengam dadanya dengan kedua dua belah tangan lalu rebah ke bumi, Iezat mula panik. Muka Iezat mula bertukar pucat, peristiwa lampau kini mula menghantui sekarang. Sedang Iezat hanya berdiri tengak tanpa melakukan apa apa, Ikhwan sudah mula mendekati Aiman Hafiz.

“To..long,....am...bil...pica...gari..di.. laci...da...pur” Dia dengan sedaya upaya cuba untuk memberikan maklumat.


“Iezat tolong aku! ”

***

"Jangan risau, dia selamat sekarang. Kamu berdua berjaya menyelamatkan seseorang" Seorang lelaki berbangsa cina, berpakaian biasa duduk di sisi katil. Aiman Hafiz kini berbaring di atas katil, terdapat beberapa wayar bersambung dengan badan Aiman Hafiz dengan alat pemantau kadar denyutan jantung.

"Doktor, apa yang sebenarnya yang berlaku?" Ikhwan menanyakan soalan.

"Kawan kamu mengidap serangan jantung kerana pemekatan darah disebabkan oleh stress. Stress menyebabkan penyempitan pembuluh darah, pembuluh darah akan menyebabkan aliran darah tidak lancar lalu darah yang tidak boleh dialirkan itu akan menjadi pekat dan saling melekat satu sama lain."

"Terima kasih Doktor, tapi kami tak ada duit." Ikhwan mula risau tentang kos perubatan.

"Jangan risau, semua ini percuma " sebab aku punca di stress sehingga jadi sebegini. Kata katanya hanya sedikit sahaja yang keluar.

"Oklah, saya balik dulu. Bila dia dah sedar suruh dia makan ubat dan saya beri kamu satu lagi ubat suntikan Aspirin untuk gantikan ubat Aspirin yang kamu dah gunakan."

"Terima kasih" Doktor tersebut sudah pun pulang, kini Aiman Hafiz dan Iezat berehat di atas katil. Iezat pengsan mungkin terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang Ikhwan menuju ke bilik bacaan semula.

Sampul surat yang berada di atas lantai diambilnya Apabila dia menyelukkan tanya ke dalam sampul masih terdapat sehelai kertas di dalamnya, bila di teliti dengan baik tulisan yang tercatat di atas kertas tersebut merupakan tulisan kanji jepun. Ikhwan tidak memahami walau sepatah pun apa yang tertulis. Akhirnya dia meminta kawannya untuk menterjemah tersebut, Ikhwan mengambil gambar kertas tersebut dan menghantar kepada kawanya melalui aplikasi Whatsapp yang tertera nama 'Kimi'

Bersambung...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20