Saintis Malaysia 21

Sambungan

Aiman Hafiz membawa buku tersebut ke ruang membaca yang disediakan. Buku itu diletakkan di atas meja dan tanpa membuang masa, Aiman Hafiz terus duduk di atas kerusi dan membuka kulit tebal buku itu. Tulisan yang ada pada helaian buku tersebut tidak dibaca tetapi hanya dilihat dengan sekali imbas. Satu muka surat ke muka surat yang lain, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Matanya tidak berkelip walaupun sekali, helaian demi helaian. Baru sahaja sampai pada muka surat yang ke 25, buku di hadapannya di rampas secara tiba tiba tanpa sebarang amaran. Apabila dia mengangkat kepalanya, kelihatan Profesor Aiman Hafiz meletakkan buku tersebut di atas meja di hadapan. Wajah Profesor Aiman kelihatan pucat seperti ternampak hantu.

“Bagi cemin mata kamu ” Aiman Hafiz memberikan cermin mata yang dipakainya. Profesor Aiman memakainya dan menonton rakaman yang terkandung dalam memori cermin mata tersebut. Profesor Aiman menarik nafas lega.

‘Nasib baik dia tak tahu terlalu banyak maklumat’  katanya dalam hati.

“Kau tak boleh tahu terlalu banyak maklumat, bahaya”Profesor Aiman mengambil tempat duduk di hadapan Aiman Hafiz, cermin mata yang dipakainya tadi diberi kembali kepada Aiman Hafiz dan tangan kanannya menyeluk poket dan mengeluarkan cermin mata berbingkai hitam, cermin mata tersebut kelihatan serupa dengan cermin mata yang dipakai Aiman Hafiz tetapi kelebihannya berlainan kerana cermin mata yang berada pada Aiman Hafiz adalah versi lama manakala cermin mata Profesor Aiman veri baru.

“Aku rasa kau mesti ada banyak soalan kan? Tanyalah. Insya-Allah, aku akan jawab.” kata Profesor Aiman sambil menyilangkan jarinya.

“Betul ke?” Aiman Hafiz seolah olah tidak percaya, Profesor Aiman hanya mengaggukkan kepala. Aiman Hafiz cuba untuk bertenang, tiba-tiba pandangan Aiman Hafiz bertukar  serius

“Kenapa kau tak bagi tahu perkara sebenar kepada kami bertiga”  Profesor Aiman terkejut, akan soalan tersebut kerana dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aiman Hafiz.

“Apa maksud kau dengan ‘tak bagi tahu perkara sebenar’? ” Profesor Aiman hanya menunggu apa yang akan keluar dari mulut Aiman Hafiz dengan perasaaan yang mendebarkan.

“Tentang ‘bagaimana kau dan Iezat boleh jadi seorang saintis pada usia yang muda? ’ dan ‘bagaimana Siti mempunyai emosi seperti seorang manusia biasa?’. Mustahil Agong mampu untuk me’revolusi’kan pendidikan secepat itu dan mustahil Siti mempunyai emosi dengan hanya dengan kerosakan disebabkan air.” Nampaknya Profesor Aiman tiada pilihan lain, Aiman Hafiz sudah tahu perkara yang sebenar.

“Aku tidak akan sesekali akan mendedahkan maklumat-maklumat tersebut. Kalau aku bagi tahu perkara sebenar, senang la hidup macam tu, selain tu ada lagi soalan”  Profesor Aiman tidak mahu memanjangkan lagi soalan tadi. Sekali lagi, Aiman Hafiz bertanyakan soalan.

“Mesin masa dan kapal Arami Islam memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk bergerak dua kali kelajuan cahaya, dari mana datangnya tenaga tu? Dan formula E=mc^2 untuk perjalanan masa ke hadapan, bagaimana kau boleh kembali ke masa silam? Itu agak mustahil ” Soalan yang tidak patut ditanya oleh seorang budak yang berumur 15 tahun. Profesor Aiman cuba menyusun ayat supaya tidak membocorkan maklumat penting.

“Soalan tu akan terjawab bila tiba masanya, masa akan menentukan segalanya” Itu sahaja jawapan untuk soalan tadi.

“Dua lagi soalan, kapal Arami Islam bergerak dua kali kelajuan cahaya tetapi tidak pula merentas mana mana masa? Dan mana hilangnya nama kawan kawan yang lain dalam majalah sekolah 2017 dan 2018?” Lagi sekali, soalan yang tidak patut ditanya oleh seorang budak sekolah menengah rendah.

“Itu kau perlu kaji sendiri, biar masa yang menentukan segalanya.” Aiman Hafiz sudah penat memikirkan soalan soalan yang dia tanya tadi, tiada satu pun soalannya yang terjawab. Semuanya tergantung.

“Kau tak nak tanya sebab apa aku cederakan kau dan sembuhkan kau?” Muka Aiman Hafiz kembali segar apabila mendengar soalan tersebut.

“Sebab apa?” tanya dengan ringkas.

“Kau tahu keadaan penyakit kau, Arrhythmia. Aku cuba sedaya upaya untuk mengubati penyakit kau tetapi malangnya ubat tersebut hanya boleh bertahan untuk beberapa tahun sahaja” Aiman Hafiz kembali murung dan meletakkan kepala ke atas meja, Ptofesor Aiman tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.

“Aiman, nak pergi tempat menarik tak?” Aiman Hafiz mengangkat kepala dan melihat Profesor Aiman sudah pun berdiri. Aiman Hafiz juga turut berdiri dan ikut Profesor Aiman keluar dari perpustakaan.


Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Watak-watak Saintis Malaysia

Saintis Malaysia 7

Saintis Malaysia 20