Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Saintis Malaysia 24

Bersambung.. 09:21 AM ,26 Oktober 2016 (Dua hari selepasa kejadian lohong hitam) Bilik Tidur, Rumah Aiman Hafiz Kelopak mata perlahan lahan di buka, warna putih siling menghiasi pandangan. Bunyi alat bacaan denyutan jantung jelas kedengaran di bahagian sisi, wayar yang bersambung pada dada dan ibu jarinya di cabut. Apabila kesemua wayar sudah ditanggalkan, bunyi tadi yang berbunyi ‘dip..dip..dip..’ bertukar ‘dipppppp...’ bunyi yang panjang tanpa penghujung. Kakinya yang terlunjur diturunkan. Badannya masih dibongkokkan kerana terasa berat. Belum sempat dia bangun dari katilnya yang empuk lagi selesa, pintu bilik tidur dibuka secara kasar. Ikhwan dan Iezat berada di sebilik pintu tersebut dengan muka ketakutan. Selepas melihat Aiman Hafiz sedang dalam keadaan duduk, mereka berdua berasa lega. “Kau ni Aiman, aku fikir kau dah matilah tadi” Iezat terus meluahkan perasaannya. Sepanjang dua hari ini, Iezatlah yang paling risau akan keadaan dirinya yang tidakkan diri. ...

Saintis Malaysia 23

Sambungan *** 5:35 AM ,24 Oktober 2016 Pejabat Pengarah Institut Perguruan Moden Japan “Saya nak minta maaf kerana meminta kamu datang awal-awal pagi sebegini” Kata seorang lelaki yang sudah lanjut umurnya, dia sedang bercakap dengan seorang perempuan melayu yang berumur 15 tahun yang duduk di hadapannya yang dipisahkan oleh meja pejabat. Di atas meja pejabat terdapat satu fail yang tertulis nama perempuan tersebut iaitu Hafizah Jamilah Binti Kamarul . “Tuan pengarah, Saya ada lakukan kesalahan?” Takut, itulah apa yang dia rasa. Lelaki di hadapannya ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan perempuan melayu tersesbut. “Kamu adalah pelajar terbaik kami, kamu tidak melakukan apa apa kesalahan. Cuma, salahsilah kehidupan kamu agak memeningkan” Tuan Pengarah atau namanya Akio Hirasaki membuka fail yang berada di hadapannya. “Kamu dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Malaysia. Pada 10 Disember 2001, Betul?” Hafizah hanya mengangguk. “Kamu dibesarkan oleh keluarg...