Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Hidup Kembali

  بِسْمِ ٱللَّهِ ٱ لرَّحِيمِ ٱلرَّحْمَٰنِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ   وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian Yang pertama sekali, saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur walaupun saya hampir hampir diambang maut sepanjang 2 tahun menulis blog ini. Walaupun begitu, saya mahu hidupkan kembali blog ini setelah setahun mendiamkan diri kerana fokus dalam pelajaran. Saya mahu menulis balik hanya untuk menghilangkan tekanan yang saya hadapi lagi lagi apabila tinggal 37 hari lagi (tarikh penulisan 6/10/18) sebelum peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia kertas bertulis Bahasa Melayu dan lagi 59 hari sebelum peperiksaan kertas bertulis Kimia iaitu kertas terakhir yang akan saya duduki nanti. Saya minta tolong agar doakan saya mudah menjawab peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia nanti dan mudah mudah dengan izin dengan berkat hidayah daripada Allah S.W.T supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Jikalau ...