Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Saintis Malaysia 22

 Sambungan.. Aiman Hafiz berdiri dengan badannya berlumuran darah tapi darah ini bukan darahnya tapi darah seluruh pelajar 4 Murni. Badannya terdapat luka kesan daripada mata tombak lawannya yang berdiri di hadapannya. Keadaan kelas tersebut seperti dilanda ribut, kerusi dan meja berselerak dan ada yang pecah kerana dibelah oleh pedang Aiman Hafiz yang tajam. Pedangnya begitu tajam sehinggakan mampu membelah batu tanpa mencacatkan pedang tersebut. Lawannya kini menggunakan tombak sebagai tongkat kerana sudah lemah dan dia kehilangan banyak darah. Aiman Hafiz memandang ‘kawan’nya yang berada di hadapan “Boleh tahan..” *** Aiman Hafiz berjalan memasuki kelas 4 Murni. Kelas 4 Murni antara kelas paling hujung dalam plan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah. Aiman Hafiz masuk ke dalam kelas dan mengunci pintu kelas tersebut, semua pelajar memandang ke arahnya. Keadaan kelas yang tadi riuh dengan suara kini senyap apabila melihat Aiman Hafiz berdiri di hadapan kelas, ...