Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Saintis Malaysia 21

Sambungan Aiman Hafiz membawa buku tersebut ke ruang membaca yang disediakan. Buku itu diletakkan di atas meja dan tanpa membuang masa, Aiman Hafiz terus duduk di atas kerusi dan membuka kulit tebal buku itu. Tulisan yang ada pada helaian buku tersebut tidak dibaca tetapi hanya dilihat dengan sekali imbas. Satu muka surat ke muka surat yang lain, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Matanya tidak berkelip walaupun sekali, helaian demi helaian. Baru sahaja sampai pada muka surat yang ke 25, buku di hadapannya di rampas secara tiba tiba tanpa sebarang amaran. Apabila dia mengangkat kepalanya, kelihatan Profesor Aiman Hafiz meletakkan buku tersebut di atas meja di hadapan. Wajah Profesor Aiman kelihatan pucat seperti ternampak hantu. “Bagi cemin mata kamu ” Aiman Hafiz memberikan cermin mata yang dipakainya. Profesor Aiman memakainya dan menonton rakaman yang terkandung dalam memori cermin mata tersebut. Profesor Aiman menarik nafas lega. ‘Nasib baik dia tak...