Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Watak-watak Saintis Malaysia

Imej
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dan Selamat Sejahtera Yang pertama sekali terima kasih kepada Allah kerana memberi kita umur yang panjang dan terima kasih kepada pembaca sekalian semoga hidup anda semua diberkati. Dibawah ini saya berikan biodata biodata watak watak Saintis Malaysia. Watak-watak ini ada yang betul dan ada yang ciptaan semata mata, contoh watak betul adalah saya (Profesor Aiman Hafiz), Iezat (Profesor Iezat) dan Ikhwan (Jurugambar). Masa saya kecil kecil dahulu saya memang teringin untuk menjadi Saintis sebab kerja saintis mencari dan mencipta sesuatu yang belum wujud. Formula E=mc ^2, merupakan formula yang paling menarik bagi saya. Saya akan berusaha sehingga saya menjadi saintis diraja.  OH! Satu perkara lagi maksud profesor diraja ialah gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong. Ok baiklah, sampai disini sahaja tunggu sambungannya Saintis Malaysia 21. Selamat M...

Saintis Malaysia 20

Sambungan Melepasi sahaja pintu masuk utama Perpustakaan Planet Ar Rahman mereka berdua berpisah mencari hala tuju masing masing. Bagi Aiman Hafiz inilah perpustakaan paling besar yang pernah dilihatnya, terlalu besar sehinggakan tidak tahu mahu mulakan dari mana dahulu. Aiman Hafiz mengambil sekeping risalah yang berada berdekatannya, antara isi kandungan risalah tersebut ialah visi, misi, matlamat penubuhan dan yang paling penting peta. Dengan adanya peta memudahkan sedikit untuk mencari buku yang ingin dicari. Aiman Hafiz letak kembali risalah tadi pada tempat asalnya, peta yang ada pada risalah tersebut sudah di salin oleh cermin mata yang dipakai Aiman Hafiz. Cermin mata pemberian Profesor Aiman Hafiz sedang menunjukkan jalan ke destinasi seterusnya. Gambar anak panah pada lantai yang boleh dilihat oleh Aiman Hafiz sahaja, langkah demi langkah akhirnya Aiman Hafiz sampai ke tempat yang diingini iaitu ruang komputer, ruang tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja t...